Wednesday 27 February 2019

Tips phd lagi...kisah seorang penyelia atau SV.

Assalamualaikum
Kali ni aku nak cerita tentang SV.
Bagi aku SV ni sangat penting. Pemilihan sv yang betul sangat mempengaruhi perjalanan PhD kita.

Antara yang aku buat ialah cari SV yang berkaitan bidang. Mungkin boleh contact mereka melalui email. Jumpa terus. Jangan terus berkenan. Kadang-kadang SV pun mulut manis. Kadang-kadang sembang kari. Ada juga kawan aku, apply PhD, fakulti dia terus bagi SV. Kadang-kadang entah sesapa. Seeloknya, kita sendiri cadangkan. Pastikan kita dah jumpa atau berbual. Tapi kalau fakulti dah bagi, kita redhala dulu.

Antara tips aku lagi ialah tanya pelajar-pelajar dia. Adakah sv memberikan tunjuk ajar atau nasihat. Ada yang jenis macam ni.

"ok dah ni tesis awak."
"takde masalah dah tesis awak."

Bahaya gila statement ni. Mungkin dia tak tengok pun tesis kita. Ya lah. Ada dalam kalangan calon phd ni, tak pernah menulis. So, memang sukar untuk belajar. Tugas SV perlu bagi tunjuk ajar. Ajarla serba sedikit macam mana nak buat problem statement. Sintesis kajian lepas. Penting tu.
Alhamdulillah, sv aku tak banyak songeh. Bukan sebab aku power, tapi alhamdulillah. Aku dah cukup bersedia untuk sambung PhD. Buku-buku Tips phd semua aku dah baca. Kursus phd lagi. Semua aku dah pergi.

Tips yang seterusnya, pastikan SV kau tu takde musuh di dalam fakulti. Bila SV kau ada musuh, yang dikhuatiri, waktu defend atau viva, kau akan ditembak secara terhina. Aku teringat member aku cerita.

"aku taknak buat phd dengan Dr X."

"dah tu, kenapa dengan dia? Waktu aku jumpa dia aritu, nampak macam ok."

"ada member aku buat phd dengan Dr x, waktu defend, musuh dia jadi penilai. Dahla Dr X tak datang untuk defend. Habis kawan aku kena tibai."

"aku rasa mesti Dr x dulu ni, tibai pelajar musuh dia ni."

Maka berhati-hati dalam memilih SV.

Ada juga jenis dapat tajuk dr SV. Terima bulat-bulat. Dengan alasan, SV lagi tahu. Bagi pandangan aku, bila buat PhD, kau kena ada minat sesuatu bidang. Minat tu penting. Sebab bidang tu akan jadi bidang kau selama mana kau terlibat dalam dunia akademik. Kalau kau tak minat, cakap tak minat. Bagi pandangan kau. Tapi bukan pandangan yang kosong lah.

Lagi satu, bahaya kalau pilih SV yang kaki rogol kerja pelajar. Aku sangat takut dengan benda tu. Paper pelajar yang tulis, tapi bila submit, nama pelajar paling last. Aku tak setuju betul. Aku rasa marah. Maruah dia sebagai pendidik, hancur! Tak patut.

Lain pula, bila student tulis, SV tukang menempel sahaja. Pergi conference, SV tak nak share fees. Patutnya bagila sikit. Susah payah student kau buat. Tapi sikit pun tak bagi. Patutnya student tak payah letak nama sv. Tapi tulah. Ada sesetengah uni yang mewajibkan pelajar tulis artikel dan diterbitkan, wajib ada nama SV. Wah. Senang betul uni buat nama

Jangan biarkan diri kita ditindas. Lawan je SV kalau rasa dia buat benda yang salah. Lawan tu bukan maksud bertumbuk atau bertikam lidah. Berikan ayat yang manis kepada sv. Tolak secara berhemah.

Aku dah ngantok. Aku tidor dulu ya.

Khairy
2304
27022019

No comments:

Post a Comment