Wednesday 27 March 2019

Simptom, masalah dan penyelesaian

Assalamualaikum semua...

Hari semalam 27 Mac 2019, aku telah menerima satu email daripada UTM. Sangat dinantikan email tersebut. Email yang menyatakan ijazah doktor falsafah aku telah disahkan oleh senat. Alhamdulillah. Macam2 perasaan yang timbul. Happy. Bahagia. Sedih. Happy dan bahagia sebab aku dah tamatkan pengajian aku secara rasmi. Aku dah tak perlu risaukan tesis aku lagi. Sedih sebab aku kena balik UMK dan kembali berjauhan dengan isteri dan anak2. Takpelah. Semua tu dugaan.

Ada yang tanya aku. Macam mana nak buat research. Macam mana kau cari idea. Perkara yang sering aku tekankan ialah problem statement atau penyataan masalah. Perkara tersebut sangat memainkan peranan dalam merangka satu tesis.

Gap? Jurang kajian lepas? Apa yang orang tak kaji? Apa kelompangan kajian lepas?

Secara jujur, aku tak suka menggunakan perkataan gap. Aku setuju dengan DrOT. Gap ni dimomokkan dengan pelbagai definisi seperti di atas. Aku rasa tak jelas apa maksud gap tu.

Tapi aku ada satu tips. Aku berpegang kepada Gejala, Masalah dan Penyelesaian. Memang aku setuju dengan DrOT bab ni.

Macam aku menulis, aku akan pastikan artikel atau tesis yang ditulis menepati kriteria ini.

Contoh dalam tesis aku.

Orang ramai buat hibah tapi masih banyak pertikaian (gejala)

Orang ramai buat hibah tanpa ada sebarang panduan (masalah) atau penyedia perkhidmatan hibah tidak mempunyai sebarang model yang memberikan khidmat nasihat yang sesuai (masalah)

Solusi atau penyelesaian ialah membina / mencipta satu model pemberian hibah untuk menjadi panduan kepada pemberi atau penyedia perkhidmatan hibah.

So sumbangan aku dapat dilihat dari sudut sumbangan kepada ilmu hibah iaitu model hibah (contribution to knowledge). Itu yang paling utama dalam research. Bukan kita buat research untuk ubah dunia. Tapi sedikit sumbangan kepada ilmu pengetahuan. Kalau betul2 dapat menyumbang kepada industri, itu adalah satu advantage kepada tesis kita. Tapi normally, tesis kita akan disimpan dalam library. Jadi hak milik library. Takde siapa rujuk pun. Malah, dalam research, aku tak refer mana2 tesis pun. Kenapa?

Aku teringat kawan aku pesan. Tesis tidak boleh dijadikan rujukan utama sebab bukan peer reviewed atau telah diterbitkan dalam jurnal yang berindeks. Tapi ntahlah. Ada banyak mazhab. Aku pun tak tahu.

Aku rasa sampai sini bebelan aku. Terima kasih.

Mohd khairy kamarudin
Taman haji ali 2, telong, bachok, kelantab
28 Mac 2019 0957