Saturday 21 July 2012

Dilema Graduan IPTA tempatan

Assalamualaikum...Salam Ramadhan...
bila berbicara tentang graduan khususnya lepasan Ijazah, takleh lari daripada masalah pengangguran.. adakah anda bersetuju?
ramai ke pelajar2 lepasan ijazah menganggur? rasanya leh tgk kat www.epu.gov.my...tak pon kat jabatan statistik...n paling rasanya tepat ialah laman web KPT berkaitan statistik pelajar-pelajar lepasana ijazah yang menganggur...
rasanya ada 2 faktor yang nak ditekankan kenapa mereka menganggur..
1. memilih kerja - ramai di kalangan kita memilih kerja.. adakah anda bersetuju? rasanya termasuk saya. memilih kerja.. dengan berpandangan, "aku ni lepasan ijazah, takkan nak kerja tu?"....rasanya ini adalah satu penyakit yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya sekiranya graduan2 ini tidak mengubah persepsi mereka. sebolehnya, janganlah memilih kerja kerana biarlah apa jua kerja yang kita lakukan, perkara utama ialah HALAL.. apa guna kerja gaji ribu riban, tapi sumber n kerja yang HARAM....rasanya, biarlah permulaan pekerjaan adalah kerja yang biasa2 je..tkkn baru graduate, nak keje CEO..rasanya bukan takleh, tp agak mustahil utk direalisasikan..mulakan dengan kerja-kerja biasa utk tujuan pembinaan kerjaya sebelum mengorak langkah ke tangga yang lebih tinggi...rasanya ramai je di kalangan graduan IPTA yang abes ijazah kerja sebagai kerani....biasa dengar tak? biasanya perempuan la senang...tkpon promoter di mana-mana syarikat komunikasi...bagus kerja tersebut, tapi jangan lah sampai menipu pelanggan...kate A takde kena cas, B takde kena cas..tp hakikat, tggi je bil setiap bulan...baguslah kerja promoter.. kenapa? jika kite lihat, graduan kita kurang berkeupayaan utk bercakap khususnya di khalayak ramai...bukan salah mereka..tp maybe kurang diberikan peluang semasa di Universiti atau pon salah mereka jugak pasal bile nak present je, sakit perut nak berak la, senggugutlah, kucing bersalin lah dan pelbagai lagi alasan yang lebih logik..kerja seperti promoter kita mungkin lihat sebagai lekeh je kerja tersebut...tp percaya atau tidak, mereka lebih pandai n bijak berkomunikasi dengan orang lain....cube kite tgk pekerja-pekerja di sektor2 awam....bila kte berurusan di kaunter, cakap dengan pelanggan cam nak bercakap dengan penjenayah no1 negara...budi bahasa langsung takde...mmg mereka telah ditanam kot sikap tak reti hormat org..keje susah ke, senang ke, ujung bulan gaji masuk...tu gak jumlahnye, takde pulak jumlahnya lebih..kalau kurang plak, tau plak mengadu kat mana2 persatuan sekerja...rasanya dah jauh melalut...so kesimpulan daripada faktor (1), graduan memilih kerja.
2. sikap majikan - percaya atau tidak, majikan juga memainkan peranan penting dalam penentuan jumlah pengangguran.. kita sering tau nak menyalahkan pihak graduan sahaja, tanpa kita melihat masalah yang terdapat di pihak satu lagi..iaitu pihak penyedia pekerjaan....sama ada kerajaan mahupun swasta.... tumpuan terutama kepada sektor awam...mmg terlalu ramai lepasanan ijazah nak memohon jawatan di kerajaan..terlalu ramai sehingga berlakunya lebihan graduan utk memohon 2,3 jawatan sahaja di peringkat kerajaan... kita dapat lihat, sektor awam menjadi salah satu pilihan utama graduan lepasan ijazah, diploma atau mana2 peringkat.. kenapa sektor awam yang dipilih...kita biasa dengar, keje kerajaan ni dapat pencen, ada elaun, senang nak buat pinjam dan lain2 lagi...kerajaan pon bukan senang nak ambil pekerja sebab kita tau bahawa kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan bagi tujuan pembayaran gaji sektor awam bagi perbelanjaan sektor lain yang mungkin boleh memberikan kebaikan kepada kerajaan....lagipun kerajaan perlulah tapis semua graduan yang memohon jawatan di sektor awam...rasanya kenapa? sebab kerajaan nak memastikan pekerja-pekerja yang mereka ambil benar2 berkualiti supaya dapat meningkatn mutu perkhidmatan kerajaan...tp skrg ada beberapa isu yang sering dikaitkan...antaranya adalah sikap menggunakan 'orang dalam' atau MAS (Mesti Ada Sedara).....org dalam ni jika benar2 ada, boleh menjadi satu penyakit...barah yang kronik,,,cthnya pernah berlaku sendiri kepada saya di mana sewaktu lepas daripada Diploma, saya memohon GSTT di sebuah daerah di Negeri Sembilan.... jawatan yang kosong time tu adalah Guru Agama sekolah rendah...pemohon ada 2 orang iaitu saya dan kawan saya...kalau ikotkan dari segi kelulusan, mmg saya lebih baik...tp jawatan tersebut, kawan saya dapat tanpa menghadiri sebarang interview dan menghantar resume...kenapa? sebab pemilihan jawatan tersebut ditentukan oleh ayahnya sendri...so? adakah saya dikategorikan sebagai org yang dizalimi? dinafikan hak untuk memohon jawatan semata2 memberikan ruang kepada anak2 sendiri? adakah sektor awam ini, pjbt2, majlis, dan lain-lain ini milik bapak anda?? hapuskanlah sikap kroni ni sekiranya wujud di mana2 institusi....patutlah susah nak berkembang dari segi pemikiran dan pencapaian....kroni oh kroni.....selain sektor awam, sektor swasta juga memainkan peranan bagi  mengurangkan kadar pengangguran....tp nak ke graduan skrg kerja kat swasta? alasannya gaji kecik, tapi keja cam nak mati....namun itu lah yang berlaku...nama pun pihak swasta...mengutamakan keuntungan....utk perut orang2 atasan..untung pihak atasan..bile datang je orang interview, benda utama ditgk ialah kemampuan berbahasa Inggeris...haaaa. part ni memang satu kekantoian utama di kalangan graduan IPTA malaysia sebab kegagalan utk berbahasa inggeris dengan baik adalah seolah2 satu dosa yang amat2 la besar...khususnya syarikat2 besar...nak ke amek graduan yang tak fasih berbahasa inggeris... kite boleh cakap...apalah syarikat besar, tau nak amek pekerja yang pndai cakap omputeh, apatah lagi amek graduan lepasan luar negera cam US, UK, Australia....takkan nak amek lepasan UK* yang kononnya menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya...tp bayangkan kalau kita majikan di syarikat2 tersebut....adakah nak amek pekerja di kalangan graduan luar negara? rasanya ya sebab kita sendiri memandang rendah kemampuan IPTA di malaysia...kita sendiri....memandang rendah lepasan IPTA tempatan... mentaliti kite memang camtu rasanya...memandang tinggi pelajar lepasan luar negeri dengan berpandangan IPTA tempatan kurang berdaya saing......aduh sedihnya apabila segala usaha kerajaan utk menjadikan malaysia sebuah negera yang mempunyai tarat hidup rakyat yang berpendapatan tinggi malah berpendidikan tggi...tp rakyat sndri tidak menghargai Modal Insan yang dikeluarkan oleh IPTA tempatan...hebat sangatkah graduan lepasan luar negeri sehingga kita menafikan kemampuan graduan IPTA tempatan?? hebat sangat kah kemajuan di negeri asing sehingga kita menafikan kemampuan modal insan tempatan??? rasanya sama je.....kalu lebih pon, maybe pandai sangat cakap omputeh...cakap lancar...cakap takde sangkut2...takdelah cam nak mengeja... adakah negera kita negara OMPUTEH yang perlu berbahasa inggeris di mana2 pon..pasni leh r kot p berarak di jalanan dengan slogan, "tukarkan bahasa inggeris sebagai bahasa kebangsaan.".. tak best ke guna bahasa melayu di ofis?kalau kita tgk la..bahasa omputeh ni kasar n tak sesuai dengan adat lemah lembut masyarakat timur seperti di malaysia...cth di dalam ofis bercakap dengan bos besar dalam bahasa inggeris...."Bos, you have a meeting tomorrow morning at Terboli Villa."...menggunakan perkataan you..kalau guna you maksudnya kau atau awak... cuba kite guna bahasa melayu "Bos, bos ada mesyuarat esok di Terboli Villa..rasanya, bahasa mana yang lebih lembut? bahasa melayu...bukan bahasa inggeris..bahasa inggeris membenarkan kita bercakap dengan mak ayah kita menggunakan perkataan 'you'...cthnya 'mum, you may use my car to go to the market"....kalau bahasa melayu,' ibu, ibu boleh gunakan kereta saya utk ke pasar..." mana yang lebih ok? bahasa melayu jugak... rasanya dah jauh gak melalut...tetapi...
apa yabg ditulis ini adalah sekadar meluahkan pendapat dan berkongsi sedikit pandangan...apa yang baik dari Allah..segala yag tidak baik adalah kelemahan saya sendiri..salam Ramadhan dari Ahli Pemikir Tak Sah...

Friday 20 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..utk ke sekian kalinya kite akan menyambut ketibaab bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..
semoga umat Islam dapat menikmati dan manfaatkan kemuliaan di bulan ini..
bila sebut bulan Ramadhan, akan timbul beberapa isu seperti kenaikan harga barang, bazar Ramadhan jual makanan mahal, tak tunjuk harga, orang tak puasa kena tangkap, baju raya, songket raya, songkok raya, lagu raya dan macam2 lagi...
isu yang rasanya perlu kita kaji ialah kenapa orang Islam ditangkap kerana tak puasa...
kita lihat nanti macam2 berita pasal org kenapa tangkap pasal tak puasa...Metro la paling laris yg membicarakan pasal org kena tangkap tak puasa.
jika kita amati, kebanyakkannya adalah orang Melayu..kenapa org Melayu? sebab org melayu mestilah beragama Islam...rasanya lum pernah dengar lagi org Muallaf kena tangkap pasal tak puasa..tp taktaulah kan...
rasanya cukup sedih melihat orang Islam yang tidak berpuasa di bulan ramadhan..sebulan tu, hanya sekali setahun..kita dah makan selama 11 bulan...di Malaysia pulak, kadar obesiti rasanya di tahap yang tggi...
lapar sangat ke? tak makan sebulan?
melihat kepada pengalaman penulis sewaktu muda2 remaja, penulis pernah main snuker di siang hari di salah satu tempat snuker di Kuala Pilah..memandangkan Bazar Ramadhan betul2 depan kedai snuker tu..
masuk je kedai snuker tu, tgk begitu ramai, abg2, pakcik2 dan ada gak atok2...sanggup makan di dalam tu...kalau aku terus main snuker dalam tu, mau aku kena panah petir...
alhamdulillah..aku rasa aku masih terpelihara lagi daripada makan di siang hari di bulan ramadhan... iman di dada masih ada walaupun tak dinafikan kadang2 rasa nak berbuka gak apabila melihat kawan2 sendiri (waktu dlu, hope berubah selepas dah berkahwin, kalau buat gak, mmg hampeh tol r) makan depan kite.....
pernah gak bawak kawan2 p shopping raya..benda first yg mereka singgah ialah bazar ramadhan..tanya gak utk apa...katanya nak beli makan berbuka...last2 dalam kereta aku gak mereka berbuka...apalah nasib aku dapat kawan camni...skrg baru aku sedar, aku dah salah pilih kawan...dah kawin pon masih buat perangai lama...tak puasa, tak solat, masih rasa hidup bujang....erm...
kenapa la jadi camtu...rasanya belum bersedia utk hidup berkeluarga....abaikanlah cerita pasal tu...
persoalan pokoknya....mereka telah membuka puasa secara sengaja...apakah hukumnya di dalam Islam?
kalau tidak berpuasa kerana uzur, perlulah ganti...
ni bukan uzur, bukan ada apa2..tetiba dah berbuka...
apa hukumnya?
perlulah bertaubat, dan menggantikannya serta kifarah....2 bulan berturut2 puasa atau membebaskan hamba atau memberi makan orang miskin..
namun dalam konteks skrg, adakah mereka akan melakukannya utk kifarah? kalau benar2 bertaubat, insyaAllah orang tersebut benar2 akan melakukannya...tp persoalannya, sekiranya tidak bertaubat dan terus melakukan perkara yang sama? macam mana? apakah tindakan kita?
adakah kita hanya menunding jari kepada mereka, dan fokus kepada masalah?
tidak kita perlu cari jalan penyelesaian, secara menyeluruh dan persendirian..
namun sejauh manakah kita mampu? berani ke nak tegur abg2 yg tak pose tu??
tapi kalau benar2 ikhlas, rasanya akan tetap cuba untuk membantu mereka....
takleh asik nak menyalahkan orang...lebih baik kita sama2 berganding bahu utk selesaikannya....
akhir kata, sama2lah kita memanfaatkan bulan Ramadhan yang dtgnya hanya sekali setahun..
InsyaAllah....
klip video di atas hanya utk gurau2

Wednesday 18 July 2012

Lupusnya budaya bantu membantu...

semalam, sedang aku memandu dari FUU, UKM nak pulang ke kg,, hari gelap, kilat dah sabung menyabung, tapi ari masih belum huja..sedang aku memandu, aku lihat 3 orang pelajar dr USIM sedang berjalan kaki utk menuju ke perpustakaan. atiku berkata,"apa la dibuatnye jalan kaki ke FUU ni. dah la nak hujan." bila tgk kesian gile..dengan berbaju kurung, ada yg berjubah,tudung 60 bidang (ustzah la katakan)... nak bg tumpang ke tak...kalau berenti kang, mereka taknak naik sebab egtkan aku org jahat. kalau main lalu je, takkan nak buat camtu...aku rasa aku belum sekejam itu utk lakukan kepada mereka. lalu aku memberhentikan kereta. 

"dik, nak p mana ni?"
"nak pergi library FU bang."
"nak tumpang tak?"
"boleh je bang"...
aku pon patah balik hantar mereka ke FUU...tapi skrg dah pukul 5.15...rasanya dah tutup...aku berpesan kepada mereka, aku tggu kat parking. kalau bukak, mereka stay la kat sana. kalau tutup, aku hantar mereka ke KTM...
rupenya library FUU dah tutup..maka dengan rasminya aku menghantar mereka ke KTM...di kala hujan lebat2 tu la aku hantar mereka.
sepanjang perjalanan aku hantar mereka ke KTM, aku tetiba terfikir...sudah terhapuskah budaya masyarakat di Malaysia.. bantu membantu...tidakkah sepanjang perjalanan td, ku lihat berapa banyak kereta yg lalu sebelum aku lalu...takde ke yg berfikir atau terlintas di dalam fikiran mereka utk membantu mereka,...adakah skrg mereka lebih mengejar masa, nak cepat balik sebabkan time tu dah pukul 5.05 petang...maybe mereka mempunyai anak2 yg perlu dilihat atau diambil kat sekolah...atau mmg dah takde budaya macam tu...
tp aku rasa tidak boleh disalahkan sebelah pihak...rasanya mereka bukan taknak berenti, tapi taknak budak2 tu cakap yg bukan2 memandangkan skrg ni, macam2 jenayah dah berlaku...samun, rogol..kawasan FUU tu plak kat penghujung UKM...
kalau masyarakat kita mampu berubah.....tiada lagi istilah "jangan ikut orang yang tidak dikenali"...
sikap bantu membantu wajib ada dalam diri kita....berubahlah...takde untung pun kalau kita buat jahat...takde untung kalau menganiaya orang lain...
masyarakat kita perlu berubah....diri sendiri perlu berubah,..diharapkan tulisan ini jika dibaca oleh manusia2 durjana yang sering membuat onar ini, utk berfikir dan berubah....sekiranya tiada perubahan, maka TERHAPUSLAH SALAH SATU BUDAYA BANTU MEMBANTU di Malaysia.....

19 Julai 2012...

tarikh terciptanya sejarah. aku membuat dan menulis blog ini supaya idea-idea yang aku sampaikan ini, dapat  diamati dan dinilai. utk agama, bangsa dan negara. tulisan ini untuk memberikan pandangan terhadap apa yg dibaca, apa yang dilihat utk diteliti dan dikaji. walaupun hanya mainan di dalam minda dan hanya satu tulisan bg menggambarkannya. harap akan didengari dan disampaikan kepada seluruh dunia.