Thursday 10 January 2019

Jual aset atau cari duit lain???

Salam semua,

Baru2 ni dalam 2,3 mggu lepas, aku ada sembang dengan mama aku..katanya penyokong tegar PKR..mama aku cakap, waktu ekonomi zaman Najib teruk.. najib banyak buat hutang..sampai ke 2045...

Pergh..berinfomasi sungguh mama aku ni...

Lepas tu mama aku cakap, kesian menteri kewangan kena sampai jual aset2... Sebab nak bayar hutang Najib...

Aku pun jawablah...

Teruk macam mana ekonomi zaman najib? Mama aku cakap..1mdb la...beg rosmah mansur lah...

Aku pun diam jela... Malas nak betah...

Aku tk tahu sebenarnya yg berlaku...tapi aku rasa mungkin boleh jawab macam ini..


Seorang anak telah mewarisi perniagaan dari arwah bapanya..bila si anak tengok, kedai bapanya tu banyak hutang, maka apa tindakan anak?

Ada yg jawab, bayar jela hutang... Nak pakai apa? Lahai..kan ada duit dalam kedai tu..bayar jela...langsaikan terus hutang tu...

Mungkin ini yg dilakukan oleh menteri kewangan kita...hutang kena bagi 0...segala mala aset kena jual...

Tapi bg pandangan aku...mungkin ada cara lain... Maksud aku...bayar hutang macam biasa...tapi takdela sampai jual habis semua aset...simpan sikit aset..kita p la melabur atau cari sumber kewangan lain..majukan lagi syarikat atau kedai kita...kalau statik macam tu je..mmg ke sudah la tak maju2... Leka nak bayar hutang saje...

Tapi aku yakin...mereka telah memikirkan baik buruk tindakan mereka..yela..setiap benda kita buat..pasti ada baik buruknya..pasti ada risiko..tapi terpulanglah kita dipihak yang mana...

Apa2 pun...kita tunggu jela...

Oi siga saga

Khairy
2255
10012019
Kampung perak, machap


Ketua negara jangan dihina

Assalamualaikum...
Tajuk tulisan malam ni macam berat...aku pun takut nak tulis... Tapi aku rasa macam nak tulis juga..baru2 ni...kalau tengok FB, ramai orang malaysia yang sudah berani menunjukkan diri mereka yang sebenar...

Mereka makin lantang menghina Agong...Agong sebagai ketua negara Malaysia. Tak kira Melayu ke Cina ke india ke..semua nak hina dengan kata2 yang sangat cela... Mencarut dan memaki hamun...

Aku melihat dari pelbagai sudut...

Sudut pertama...mereka mudah2 memaki hamun Agong sebab mereka merasakan mereka tak perlu lagi Agong. Seolah2 Agong takde fungsi... Malah sistem monarki yg diamalkan di Malaysia, akan cuba dihapuskan.

Dari sudut kedua, mereka lantang menghina Agong kerama mereka telah hilang pedoman sebagai rakyat Malaysia.. Mungkin mereka lupa atau tak tahu bahawa nenek moyang mereka telah bersumpah utk taat setia kepada Agong dan sultan2... Kenapa sewenang2nya nak hina..

Malah hina orang lain pun tidak boleh..tak dibenarkan...mungkin ada yg berfikir..macam mana kita nak tegur Agong atau Sultan...

Ntah aku pun taktahu..tapi aku yakin..pasti ada cara kalau nak tegur pun..

Islam pun menyeru umatnya supaya memberikan teguran secara berhikmah..tapi kalau kau cakap bukan2 tentang Agong.... Tu bukan kritikan..tu dah jadi menghina...

Aku percaya sistem monarki yg diamalkan di mana masih releven..dah releven sampai bila2... Igtlah... baginda ini yg bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian Islam di MAlaysia...

marilah sama2 kita doakan supaya Agong dan Sultan2 kita berdiri teguh bagi memastikan baginda teguh untuk mempertahankan bumi Melayu...

Mohd khairy kamarudin
2238
10 Januari 2019
kampung perak, machap

Monday 7 January 2019

Berhijrah lah anak muda...hijrahlah.....

Assalamualaikum.....

Aku tak dapat lelapkan mata...isteri dan anak2 telah melelapkan mata walaupun bagi aku masih terlalu awal... Sejak tahun ni, isteriku mengajar sekolah pagi...pukul 5 dah kena bangun..aku pula kul6 kena bangun nak p kerja kat JB..kolej pengajian Islam johor (marsah)... Pernah dengar tak...? Aku kerja part time je kat sini... Nanti bila habis phd aku nak kena balik UMK...

Aku terfikir satu benda... Seronok ke berhijrah...?pertama kali aku berhijrah dalam hidup pada waktu sekolah menengah...waktu tu aku dapat masuk asrama...maahad ahmadi...sebuah sekolah yang agak gah sebab sekolah tu terbaik di dalam sekolah2 under kerajaan negeri..

Selepas habis diploma...aku berhijrah sekali lagi...aku pergi uum..sintok kedah...jauh nun di hulu...penghujung highway utara selatan...jauh weh... Tp di sana, aku baru belajar erti hijrah yg sebenar... Kenapa??

Waktu tu..kawan2 sekolah sediploma aku..semua p ke mesir...aku ni bukan tak nak pergi sana...tapi aku ada masalah dan impian aku sendiri..aku nak berjuang tanpa kawan2 terhampir...aku nak cari kawan baru...

3 tahun setengah aku kat kedah...habis belajar, aku keja kejap kat KL..jalan kuching... Wasiyyah shoppe sdn bhd.. Sekrang ni company tu dah jadi trustee dan terus membesar...

Waktu aku kerja...aku rasa kerja ni tak sesuai dengan aku...aku rasa kekosongan dalam hidup aku...aku perlu perubahan...aku nak sambung belajar...akhirnya aku dapat sambung kat UKM...dok bangi pula..kat bangi ni ramai orang melayu...pastu cerdik2 pula...bagi aku..bangi ni macam kawasan ilmu la... Ukm kat situ..kuis... GMI dll lagi...

Pas ukm..aku habis belajar..aku dapat kerja bank islam...kat seremban...kembali lah aku duduk di kampung halaman aku...tapi takdelah lama sangat...lepas 6 bulan (sebelum aku sah jawatan) aku quit kerja bank islam..bg aku..jiwa aku bukan utk kerja bank...mungkin penat pun ya...pagi aku sampai paling awal..balik akulah paling lewat....

Lepas je aku kawen Awal 2014, aku dapat offer kerja kat UMK..kelantan nuuuuu...jauh weh...aku baru kawen...kena keja sane....isteri aku berat juga asalnya nak bagi..tp aku ckap..aku kena pergi..aku tak kerja..aku takde duit..aku nak sara dia..aku nak juga ada rumah...ada kehidupn..maka berhijrahlah aku ke kelantan...

Pada 2017, aku dapat cuti belajar...aku belajar kat UTM..kat johor...tapi aku suka duduk johor ni sebab isteri aku dengan aku...isteri aku tak dapat pindah kelantan..beberapa tahun ni, dapatlah aku luangkan masa dengan anak2 aku...

Tapi tak lama lagi, aku kena balik UMK..tapi aku nekad nak cari kerja dekat area johor ni.. Utm atau uthm..mana2 jela..asalkan dapat pindah..kesian anak2... Dah nak masuk 3 dah anak aku...

Tu lah kisah aku berhijrah..bukan berhijrah macam artis2 tu..maksud aku hijrah lokasi... Suatu hari nanti..mmg aku harap dapat balik ke negeri asal aku..negeri sembilan..

Seronok berhijrah..kau akan rasa pelbagai budaya..berhijrah dengan melancong tak sama..melancong ni..ko pergi satu tempat...ko tengok..pastu snap gambar ajet2 banyak duit...pastu kau blah...

Kalau berhijrah...ko kena duduk situ..duduk dengan masyarakat sana...alami kisah mereka....macam aku kat kelantan..aku duduk kat bachok... Ma syaa allah...susahnya diorang..org kampung...tapi tula... Rezki Allah dah tetapkan...mereka mungkin takde duit...tapi duduk satu rumah dengan keluarga...aku?? Emmmmmm

Rakan2 pembaca....janganlah takut berhijrah... Berhijrahla...kau akan rasa nikmatnya...rindunya pada kampung halaman kau....

Khairy Dr to be
2206
7 januari 2019
Kampung Perak, machap

aku tak minat sejarah? ada apa dengan sejarah

Assalamualaikum..

Aku rasa dah hampir setahun lebih tak berkunjung di dalam blog aku ni.. aku tahu blog aku ni mmg membosankan...takde gambar2... mmg aku malas nak letak gmbar sebab aku tk minat bergambar (mungkin bukan zaman kot)

dalam setahun dua ni, aku banyak dengar youtube ceramah2 berkaitan sejarah. Contohnya Ustaz Auni, Ibnu rijal, Prof md Rofa, dan Prof Abdul Muati ...

Aku tak tahu kenapa, aku rasa macam sesuatu yang menarik apa bila dengan ceramah mereka. Lebih kepada akademik. Mungkin kadang2 dapatan kajian mereka macam rare sikit.

Contohnya Prof Md Rofa cakap dalam ceramah dia, Tun Sri Lanang tu pengkhianat bangsa.. mau nya tak terkejut.. yela.. sebab dari kecik dulu baca buku sejarah, memang karya Tun Sri Lanang ni la yang akan dibaca. Salatus salatin. Cerita tentang bangsa Melayu. Melaka.

Asal usul nama Melaka tu sendiri aku tengok diorang bahaskan.. Contohnya diorang cakap, anjing Parameswara kena sepak dengan kancil putih time parameswara duduk bawah pokok melaka.
Tapi ramai pengkaji membidas teori tersebut. Mereka berpandangan Islam yang telah meletakkan nama. Berasal daripada perkataan Mulk yang bermaksud kerajaan.

Tapi aku tak tahu kenapa anak2 bangsa aku semacam tak minat dengan sejarah. kalau dulu aku mengajar, dalam kelas aku, bila aku start cerita tentang sejarah, seolah2 mereka tak berminat dengan sejarah.

Secara jujurnya, aku pun dulu tak minat sejarah. Sebab mungkin sejarah tu macam membosankan. kena ingat tarikh. Tapi semua tu bergantung juga dengan siapa kau belajar.Bagaimana pengajar tu menarik minat kau.

Dulu waktu aku SPM, buku sejarah aku tu, punyalah tebal.. Kaler kuning. Sejarah Dunia dan Sejarah Malaysia. Pergh. nak bukak pun rasa malas.. seolah2 rasa macam baca kitab kuning..(memang buku tu kaler kuning).. mmg membosankan.. fakta dan sedikit gambar.. hahaha

Sebenarnya, aku minat tengok sejarah ni, macam artifak2... mmg aku minat.. tp mungkin takde ilmu tentang tu sangat... macam aku dulu kat UUM, aku pernah pergi muzium padi.. orang kedah sendiri ada yang taktahu kat mana muzium tu.. tapi aku terkilan sikit.. tak dapat nak pergi muzium kayangan kat perlis. sikit yang akut terkilan lah..

Aku sendiri pernah pergi kawasan Lenggong atau muzium yang ada perak man tu.. aku pernah pergi tengok..walaupun aku macam tak tahu apa2 bila pergi..

Tahun lepas dalam bulan 10, aku pergi ke pattani, semata2 nak cari pondok ahmadiyyah..katanya ada banyak manuskrip melayu..bila aku sampai..pergh..ustaz lutfi tu cakap, masih beribu manuskrip yang tak sempat lagi dibuat atau dibaikpulih.. Punyalah banyak.. macam2 ilmu ada dalam tu.. penulis2 ulama2 melayu. Semua bercerita tentang ilmu masing2... Ada yang ilmu kedoktoran. ilmu perang.. uniknya kebanyakkannya dalam bahasa melayu lama.

Mungkin pelajar2 sekolah yang baru nak mengenal sejarah, perlu melihat sendiri tempat2 bersejarah tu.. tapi tula...waktu aku sekolah menengah takde pula sekolah aku buat lawatan tengok tempat bersejarah.. muzium negara ke... mungkin boleh menarik minat pelajar2 kot..

tapi tak boleh nak salahkan cikgu sekolah... keja nak salahkan orang ni, lebih baik ko join Pakatan Harapan je...

Maka cadangan aku, anak2, kawan2 yang baca tulisan aku ni, rajin2lah tengok sejarah kita.
Sejarah bangsa Melayu sendiri penuh dengan kemegahan...takyah la nak tengok tamadun orang lain. Orang puteh... bangsa penjajah...Penjajah dah lama pergi...tapi masih tinggalkan sisa2 dan najis2 yang perlu anak cucu melayu bersihkan...


1644
07012019
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)