Friday 19 October 2012

Patuh Syariah vs Asas Syariah

Pada masa kini, kita lihat perbankan Islam seolah2 meniru sistem perbankan konvensional...
jika dilihat dari sudut luarannya, memang jelas perbankan Islam seperti meniru perbankan konvensional...
soalan ini banyak kali orang tanya aku...betul ke camtu....
so apa beza perbankan Islam dengan konvensional....
soalan ni mmg nampak cam senang nak jawab...
perbankan islam lebih adil lah, takde riba la, takde gharar la...
adakah anda yakin dgn jwpn tersebut.?
dlm konvensional ade riba sebab berasaskan kadar bunga atau interest yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan di dalam sistem perbankan konvensional... kadar bunga atau interest ini berdasarkan BLR atau Base Lending Rate (nak lebih tepat sila rujuk laman web Bank Negara)
kalau perbankan islam pulak berdasarkan BFR (Base financing rate)
aku pernah terbaca bahawa kedua-dua rate ini mempunyai kadar turun naik yang hampir sama...
cuma dilihat berbeza dari segi terma... sedangkan kadar bunga ini ditentukan dengan keadaan ekonomi...perbankan Islam menggunakan terma financing berasaskan kepada keuntungan atau profit.. bank konvensional gunakan terma pinjaman berasaskan kepada bunga...
kalau ini dijadikan ukuran untuk menyatakan bahawa perbankan Islam sama seperti perbankan konvensional, dilihat hujah berkenaan dilihat kurang tepat...  penggunaan BFR lebih menguntungkan kepada pelanggan yg menggunakan perkhidmatan perbankan Islam (lihat www.zaharuddin.net utk maklumat lebih jelas)..
namun perkara paling utama dalam sesuatu transaksi perbankan Islam ialah akad.... saya ulang skali lagi akad....
bagi sy, itulah perkara asas yang membezakan pinjaman perbankan konvensional dan pembiayaan perbankan Islam...
ok fine...kalau itu pon menjadi persoalan...
maka tulisan aku mencadangkan satu pembangunan teori baru iaitu institusi kewangan Islam yang berasaskan Syariah...
atau SYARIAH BASE
ade jelas perbezaan syariah base dengan syariah compliant...
ape bezanya,??/ syariah compliant pada masa sekarang dilihat hanya menjadi produk2 kewangan konvensional sebagai asas, tetapi melakukan islamisasi atau mengislamkan produk2 tu...
apa maksud mengIslamkan produk2 konvensional,??? hanya secara luaran sahaja yang Islam...tp dalaman, masih berteraskan konsep konvensional....
namun................ syariah base adalah berasaskan syariah... pembangunan suatu kontrak kewangan Islam yang berasaskan syariah....tidak menjadikan produk kewangan konvensional sebagai asas....
tp bagaimana nak laksanakan?? hanya satu cara, iaitu kembali kepada Al-Quran dan Hadith...
jika kita lihat dari segi praktisnya, perbankan Islam sama seperti perbankan konvensional iaitu untuk mendapatkan keuntungan dan saling bersaingan utk terus kukuh di dalam industri kewangan di Malaysia...
padahal sepatutnya, perbankan Islam atau institusi kewangan Islam tidak sepatutnya menumpukan kepada keuntungan dunia, tapi keuntungan akhirat.....tp kalau tak pk keuntungan dunia, perbankan Islam tak amek untung, sape pulak nak byar gaji pekerja...tkkn duit turun dari langit...tp tak mustahil perbankan Islam akan dibentuk dalam rangka kerja yang baru di mana, tidak berteraskan keuntungan...tp lebih berteraskan membantu umat Islam.....
dari segi persaingan, ada desas-desus menyatakan perbankan Islam perlu bersaing dengan konvensional...aku mmg cukup2 tak setuju dengan kenyataan ini...
seharusnya perbankan Islam tidak perlu bersaing dengan konvensional dari segi produk....sebab perbankan islam mempunyai market value tersendiri...dipayungi oleh akidah umat Islam,.... seharusnya perbankan Islam lebih mengutamakan maslahah ummah berbanding bersaing dengan perbankn konvensional...
oleh itu, dengan jelas aku mencadangkan perlu wujudkan satu bidang kuasa untuk membangunkan satu institusi kewangan yang berasaskan syariah...bukan patuh syariah...

wallahua'lam.....

Syariah Compliant VS Syariah Base

aku sering ditanyakan, kenapa perbankan Islam hampir sama dengan perbankan konvensional....
apa yg sama nye ea?
rasanye jawapn paling best akan dijwb, perbankan Islam menepati kehendak syarak iaitu bebas daripada kedar bunga, gharar (ketidakpastian), judi dan lain2...
perbankan Islam tidak terlibat langsug dengan perkara2 itu...
rasanye itu jelah jawapan yang paling selamat kot....
tp maybe ade jwpn yg lebih bagus.??? ntah la
pada pendapat aku mmg hampir sama, disebabkan perbankan Islam mmg byk mengambil cth produk2 konvensional tp diIslamkan produk konvensional tu....
maka jdlah produk perbankan Islam..
aku tknk ulas lebih lanjut, maybe di lain hari la...
tp aku nak ulas satu lagi iaitu Syariah Base...
adakah produk perbankan Islam berasaskan Syariah pada masa ini...
jwpn aku tidak.... sebab produk2skrg hanyalah patuh kepada syariah sbb asasnya masih konvensional, tp melalui pengISLAMan produk...
so aku ulas sedikit jela pasal Syariah Base sebab perlukan tenaga pakar yg lebih pakar....hehehe aku lum sampai ke thp itu...
produk Islam yang berasaskan syariah bagi aku merupakan satu produk kewangan Islam yang tidak terdapat dalam mana2 produk kewangan konvensional...
mmg berbeza...tanpa melalui ISLAMISASI produk kewangan konvensional...
adakah itu satu perkara yang tidak mustahil...
kalau ikutkan, bg pendapat aku, produk2 kewangan Islam paling jelas aku tgk benar2 berasaskan Syariah adalah MUDHARABAH dan MUSYARAKAH....
sebab utama pendapat aku adalah kedua2 produk ini lebih kepada perkongsian keuntungan... maknanya pihak bank turun sama menanggung kerugian jika perkara tersebut berlaku...
tp soalnya, sanggup ke pihak bank buat camtu....? para pelabur nak ke ade risiko kerugian?? takkan nak punye la...takyh nak muhung la....(cakap kedah)..
kalau pinjaman hanya Qardhul Hasan (pinjaman tanpa sebarang faedah)..boleh ke buat kalau perbankan Islam utamakan keuntungan..kalau tk untung, sapa plak nak byar gaji pekerja...kan?
bg aku, Syariah Base lebih patut dilaksanakan di Malaysia jika kita benar2 mahukan kewangan Islam terus berkembang...
tkyah ag dah bergantung kepada perbankan konvensional....
skrg ni kite tgk, seolah2 perbankan Islam menjadi perbankan konvensional sebagai benchmark utk menunjukkan kejayaan sesebuah perbankan Islam menyayingi perbankan konvensional...
sedangkan perbankan Islam tak perlu bersaing dengan mereka...
perbankan Islam perlukan benchmark sendiri......
so, diharapkan suatu hari nanti, perbankan Islam akan menjadi fully syariah base...bukan syariah compliant...
maybe di post akan datang, aku akan terangkan lebih lanjut...
aku mengharapkan junior master aku, leh teruskan kajian berkaitan ini supaya aku leh tulis dalam blog aku ni....