Friday 22 February 2019

Cari kerja atau sambung master? Mana pilihan anda?

Assalamualaikum.

Waktu ini, aku tengah tunggu kereta diservis. Kereta isteri aku. Bapa mertua aku bagi (bayar juga sikit-sikit)

Tetiba aku rasa macam nak kongsikan satu tips atau mungkin beberapa tips. Tips ni berdasarkan pengalaman aku.Waktu aku praktikal di sebuah syarikat perancangan dan pengurusan pusaka yang berpusat di Kuala Lumpur, aku sering tertanya pada diri aku. Aku nak terus bekerja atau aku nak sambung master. Aku memang tak tahu. Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak sambung belajar. Tapi umur aku dah lanjut. Yalah. Aku habis ijazah, umur aku dah 25 tahun. Kawan sebaya aku semua dah habis belajar sebab rata-rata ambil matriks atau STPM selepas SPM. Aku saja yang ambil diploma. Mungkin ada juga. Tapi ada ramai juga rakan lain yang ambil kemahiran atau terus bekerja selepas SPM, STPM dan Diploma.

Waktu aku tahun akhir ijazah, aku sering tertanya.

"Apakah hala tuju aku selepas ini? Adakah aku akan bekerja? Sambung master?"

Aku kadang-kadang kurang jelas cita-cita aku. Tapi aku tahu. Aku kena tanya pandangan mama dan abah. Walaupun mereka belajar tak tinggi, mesti mereka nak anak mereka belajar tinggi.

"Mama, kalau abang nak sambung master, mama bagi tak?

"Sambunglah. Mama bagi. Mama nak juga ada anak yang berpendidikan tinggi."

Aku jadi nekad. Aku nak belajar. Sambung belajar. Aku bandingkan dengan senior ijazah aku dulu. Dia takdalah pandai sangat macam aku (puji diri sendiri). Tapi dia berjaya habiskan master. Tak kan aku yang kononnya cerdik pandai ni tak boleh buat.

Aku tengok rakan-rakan aku (senior), berjuang juga untuk dapatkan kerja selepas habis belajar. Tapi bila dapat kerja, alhamdulillah. Boleh dah kahwin. Tapi aku ni macam mana? Tengok jelah kawan- kawan kahwin. Pergi kenduri mereka. Sedih tahu tak?

Aku cadangkan pada diri aku. Aku apply mana-mana kerja, tapi masa yang sama aku apply master. Supaya aku ada pilihan. Aku tengok kawan-kawan aku taknak buat macam tu. Mereka nekad untuk tidak sambung belajar. Rela cari kerja. Kalau duduk kawasan Kuala Lumpur, agak mudah nak cari kerja. Tapi kalau jenis macam aku? Aku tak suka duduk di bandar. Aku suka duduk di kampung.

Maka, aku mula fikir. Aku nak sambung master dalam bidang apa? Kat mana? Kat UUM lagi? Aduh. Jauhnya. Tapi aku selesa kat sana. Pensyarah aku pun ramai kat sana. Oklah. Macam ni. Aku apply UKM dan UUM.

Ya. UKM. Aku nak juga rasa suasana baru. Aku malas nak apply UM sebab kawasan bandar. USIM pun aku malas sebab USIM mementingkan bahasa Inggeris. UiTM pun aku malas sebab kat bandar Shah Alam. UKM pun bandar juga. Tapi aku rasa tak lah serabut mana

Sebelum aku lengkapkan permohonan. Aku selidik dulu. Apa subjek yang ditawarkan. Adakah perlu buat penyelidikan/research. Aku mana tahu research tu apa benda.

Aku tengok dua course yang aku pilih ni, adalah mod kerja kursus. Sarjana Ekonomi Islam UKM dan Sarjana Sains Pengurusan. Tapi dalam hati aku, memang aku akan pilih UKM. Permohonan dibuka pada bulan 3. Maka, aku pun isi untuk kedua-dua uni ni.

Alhamdulillah. Aku dapat dua-dua. Tapu hati aku memang nak ke UKM. Memang aku pilih UKM. Kalau ikutkan, ramai senior aku sambung saja kat UUM. Tapi aku tak nak. Aku nak lain daripada yang lain.

Sebelum aku daftar masuk UKM, aku pergi ke bakal fakulti aku. Aku jumpa dengan seorang yang hebat iaitu Prof Madya Dr Sanep Ahmad. Penulis hebat buku Ekonomi Islam. Aku tanya pandangan dia. Alhamdulillah. Aku dapat pandangan yang positif.

Tapi timbul persoalan. Aku kat UKM ni, aku adalah dua tiga orang kawan. Tapi tak kan nak harapkan mereka. Aku kena usaha sendiri. Takpe. Aku yakin aku boleh.

Maka daftarlah aku sebagai pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan dalam tempoh 1 tahun setengah. Seperti yang dicadangkan. Walaupun ada empat lima orang rakan aku habiskan master dalam tempoh setahun, tapi aku yakin. Walaupun aku habis lambat, bukan bermakna aku bodoh.

Alhamdulillah. Aku batch pertama kursus ni. Aku grad master dengan 3.80. Walaupun aku gagal mengulangi kejayaan aku sewaktu ijazah, dapat pelajar terbaik, tapi aku masih antara yang terbaik. Aku belajar menulis artikel jurnal. Conference. Aku rajin nak pergi. Cari idea.

Dan Alhamdulillah. Aku akhirnya, dapat habiskan PhD dengan cepat dan lulus dengan cemerlang.

Terima kasih rakan-rakan master aku yang aku tak dapat sebut siapa. Tapi pengalaman master menyebabkan aku tak rasa mudah kalah.

Sekian coretan aku tengahari ni.

Mohd Khairy Kamarudin
Pekan Simpang Renggam
1209
23022019

1 comment:

  1. assalamualaikum, nama saya Muhammad Naim pelajar kejuruteraan di UKM, setelah membaca biodata saudara, yang daripada ijazah Pentadbiran, adakah daripada bidang kejuruteraan layak memohon untuk menyambung peringkat master dan PhD dalam bidang ekonomi, jika saudara tidak keberatan saya ingin bertanya saudara, blh wasap saya 01110862724, terima kasih

    ReplyDelete