Saturday 23 February 2019

Kahwin dengan orang jawa (wong jowo)

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku yang berkahwin dengan orang jawa.
Aku tulis sebab sepupu aku (belah isteri) baru kahwin hari ini. Dengan orang Kedah.

Aku teringat dulu, abah macam tak berapa suka orang jawa sebab beliau beranggapan orang jawa adalah orang indonesia. Tapi abah tak pernah cakap depan-depan. Abah cerita kat aku, dulu dia pernah menghadiri kenduri orang jawa dekat Kuala Selangor. Katanya, orang sana kalau kenduri kahwin ni pelik.

Tapi bagi pandangan aku, setiap suku atau ras atau kaum mesti akan ada adat dan budaya masing-masing walaupun mereka dari satu rumpun yang sama iaitu bangsa Melayu. Ya mereka adalah bangsa Melayu.

Baik. Aku akan ceritakan sikit sebanyak yang aku tengok berkaitan dengan adat orang jawa. Khususnya jawa di Johor. Kalau kat Selangor tu, aku tak pastilah.

Antara aku ingat ialah 'tol' sebelum masuk ke rumah pengantin perempuan. Jangan salah faham ye. Kalau pengantin tu lelaki, mana nak ada tol ye. Namun harapan untuk hapuskan tol hanya tinggal angan-angan. Ops termasuk politik. Jangan marah ye.

Berkaitan tentang tol tu, waktu aku sebagai pengantin lelaki, kena bayar tol sebelum masuk rumah. Antara tol yang kena bayar ialah tol nak masuk simpang rumah, tol sebelum naik tangga, tol sebelum jumpa pengantin, tol sebelum naik pelamin.

Pada awalnya, aku rasa apa bendalah adat ni. Menghabiskan duit. Dahlah waktu tu, aku belum kerja lagi. Rupanya aku silap. Tol tu kena bayar bukan mahal pun. RM1 je. Tapi nasiblah. Ada yang minta sampai RM5. Biasanya yang minta tol ni bebudak kampunglah. Ala. Anggap jelah itu satu sedekah. Tapi kalau mak andam, tol dia sampai RM100. Dahlah mak andam aku rembat telefon kawan isteri aku (ini adalah satu tuduhan tanpa bukti tapi andaian berdasarkan bukti alibi. Macam Hajime Kindaichi kun.

Tapi adat tetaplah adat. Kalau perkara itu baik, buat jelah. Kalau tak baik tinggalkanlah. Bayar tol sebelum jumpa pengantin perempuan tu tak salah. Cuma kalau minta berlebihan tu jadi salah sampai menyusahkan pengantin.

Antara budaya lain jawa Johor ni ialah bab makanan untuk tetamu. Kalau anda jadi tetamu, mereka akan jamu semua makanan yang ada kat rumah. Buah-buahan ke, nasi ke, lauk ke. Semua mereka akan bagi. Makanlah anda sampai pitam.

Tapi aku teringat kawan aku. Dia tak suka makanan orang jawa.

"Osah ei. Den memang tak suko makanan orang jawo ni. Lauk ontah apo-apo. Den siap suruh orang rumah den belajar masak dengan makcik style masakan nogori."

"Ah kau. Dah kahwin dengan orang jawa, belajarlah hidup dengan makanan mereka. Bukan tak sodap pum."

"Iyolah. Tapi masakan sini banyak pakai air. Nasi ambang. Mano den ghoti nak makan nasi macam tu."

Aku diam kan jelah.

Kalau nak tahu macam mana nasi ambeng tu, bolehlah google. Tapi perkara asas kepada nasi ambeng ni ialah nasi putih, mee goreng, ayam kicap, sambal tempe, ikan masin. Tulah rasanya bahan untuk nasi ambeng. Gaulkan semua, kemudian makan. Aduh sedapnya.

Tu antara perkongsian aku untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Pesan aku, bila kau kahwin, kau kena kahwin dengan keluarganya, adat budaya, makanan dan gaya hidup. Perkara normal bagi manusia mempelajari sesuatu yang baru.

Ok. Terima kasih.

23/2/2019
1738
Kampung Perak

No comments:

Post a Comment