Wednesday, 27 February 2019

Tips phd lagi...kisah seorang penyelia atau SV.

Assalamualaikum
Kali ni aku nak cerita tentang SV.
Bagi aku SV ni sangat penting. Pemilihan sv yang betul sangat mempengaruhi perjalanan PhD kita.

Antara yang aku buat ialah cari SV yang berkaitan bidang. Mungkin boleh contact mereka melalui email. Jumpa terus. Jangan terus berkenan. Kadang-kadang SV pun mulut manis. Kadang-kadang sembang kari. Ada juga kawan aku, apply PhD, fakulti dia terus bagi SV. Kadang-kadang entah sesapa. Seeloknya, kita sendiri cadangkan. Pastikan kita dah jumpa atau berbual. Tapi kalau fakulti dah bagi, kita redhala dulu.

Antara tips aku lagi ialah tanya pelajar-pelajar dia. Adakah sv memberikan tunjuk ajar atau nasihat. Ada yang jenis macam ni.

"ok dah ni tesis awak."
"takde masalah dah tesis awak."

Bahaya gila statement ni. Mungkin dia tak tengok pun tesis kita. Ya lah. Ada dalam kalangan calon phd ni, tak pernah menulis. So, memang sukar untuk belajar. Tugas SV perlu bagi tunjuk ajar. Ajarla serba sedikit macam mana nak buat problem statement. Sintesis kajian lepas. Penting tu.
Alhamdulillah, sv aku tak banyak songeh. Bukan sebab aku power, tapi alhamdulillah. Aku dah cukup bersedia untuk sambung PhD. Buku-buku Tips phd semua aku dah baca. Kursus phd lagi. Semua aku dah pergi.

Tips yang seterusnya, pastikan SV kau tu takde musuh di dalam fakulti. Bila SV kau ada musuh, yang dikhuatiri, waktu defend atau viva, kau akan ditembak secara terhina. Aku teringat member aku cerita.

"aku taknak buat phd dengan Dr X."

"dah tu, kenapa dengan dia? Waktu aku jumpa dia aritu, nampak macam ok."

"ada member aku buat phd dengan Dr x, waktu defend, musuh dia jadi penilai. Dahla Dr X tak datang untuk defend. Habis kawan aku kena tibai."

"aku rasa mesti Dr x dulu ni, tibai pelajar musuh dia ni."

Maka berhati-hati dalam memilih SV.

Ada juga jenis dapat tajuk dr SV. Terima bulat-bulat. Dengan alasan, SV lagi tahu. Bagi pandangan aku, bila buat PhD, kau kena ada minat sesuatu bidang. Minat tu penting. Sebab bidang tu akan jadi bidang kau selama mana kau terlibat dalam dunia akademik. Kalau kau tak minat, cakap tak minat. Bagi pandangan kau. Tapi bukan pandangan yang kosong lah.

Lagi satu, bahaya kalau pilih SV yang kaki rogol kerja pelajar. Aku sangat takut dengan benda tu. Paper pelajar yang tulis, tapi bila submit, nama pelajar paling last. Aku tak setuju betul. Aku rasa marah. Maruah dia sebagai pendidik, hancur! Tak patut.

Lain pula, bila student tulis, SV tukang menempel sahaja. Pergi conference, SV tak nak share fees. Patutnya bagila sikit. Susah payah student kau buat. Tapi sikit pun tak bagi. Patutnya student tak payah letak nama sv. Tapi tulah. Ada sesetengah uni yang mewajibkan pelajar tulis artikel dan diterbitkan, wajib ada nama SV. Wah. Senang betul uni buat nama

Jangan biarkan diri kita ditindas. Lawan je SV kalau rasa dia buat benda yang salah. Lawan tu bukan maksud bertumbuk atau bertikam lidah. Berikan ayat yang manis kepada sv. Tolak secara berhemah.

Aku dah ngantok. Aku tidor dulu ya.

Khairy
2304
27022019

Monday, 25 February 2019

PhD..apa yg perlu difikirkan sebelum mendaftar

Assalamualaikum..

Semalam punya cerita tak habis lagi. Banyak pula melalut. Ok. Terus kepada point.

Sebelum sambung PhD, pastikan tahu course apa yang berkenan. Tengok dulu subjek yang ditawarkan. Berapa banyak subjek kena ambil. Ada yang cakap, kalau phd ni, tak payah ambil subjek banyak-banyak. Bazir masa. Aku tak pasti tentang itu. Tapi aku fikirkan, kalau master melalui coursework, rasanya tak payah ambil PhD yang banyak kelas. Kalau aku kat UTM, aku kena ambil 2 kelas je. Kaedah penyelidikan dan falsafah apa tah. Tiada exam. Datang je kelas. Bagi pandangan aku, bila dah phD ni, tak payah susah-susah nak ambil lagi coursework banyak-banyak. Membazir masa. Dapat pula coursework yang siap ada exam.

Malas weh nak stadi.

Baru-baru ni timbul tentang isu PhD yang ada pengkhususan di belakang. Contoh PhD ekonomi industri. Maka dikira sebagai pakar ekonomi. Walaupun tesis dia pasal import dan export.

Kawan aku pernah cerita, dia menginterview calon yang ada PhD.

"Khairy, kau nak tahu tak? Baru ni aku ada jadi panel interview untuk pensyarah kanan ekonomi. Prof X reject calon tu."

"apa sebab prof X reject?"

"aku pun pelik. Walhal calon tu ada PhD Ekonomi. Tapi aku ada dengar ura-ura yang cakap calon tu memang PhD Ekonomi. Tapi disebabkan ijazah dan master dia dalam bidang kewangan."

"alahai. Kenapa jadi gitu?"

"prof cakap, dia tak mahir tentang ekonomi sebab ijazah dan master dia tentang kewangan."

Aku terfikir. Macam mana tentang aku. Diploma bidang lain. Ijazah dan master lebih kuranglah. tapi di UTM, aku terus buat research. Bidang hibah. So bila orang tanya aku bidang apa aku buat, aku cakap perancangan harta pusaka.

Addududud...

Ngantok weh.

Sambung esok

2258
25012019

Sunday, 24 February 2019

Sambung PhD... Apa yang kena sedia?

Assalamualaikum

Masih dalam mood baru habis PhD. Aku rasa macam nak kongsikan beberapa tips sebelum mendaftar, ketika dan dah nak habis belajar PhD.

Aku takdelah hebat sangat. Cuma ini berdasarkan pengalaman aku. Mungkin aku ada sedikit berbeza dengan orang lain. Tapi ini adalah pandangan aku.

Mesti kita terfikir

"Aku nak sambung belajar kat mana ya?"

Aku rasa, sebelum kau semua mendaftar sebagai pelajar pascasiswazah atau calon doktor falsafah, kau kena pergi kursus. Pergilah kursus penulisan tesis cepat DrOt. Sekarang ni dia ada macam-macam kursus. Malah yang terkini mendeley kahwin dengan atlas.ti. pergh lagi dahsyat. Buat masa ni aku belum sempat nak pergi. Tapi serius. Memang berbaloi. Memang membantu. Memang cepat kita buat tesis.

Aku ada juga kawan-kawan, bila daftar PhD, barulah sibuk nak pergi kursus sana sini. Patutnya kursus ni kena hadir sebelum kau mendaftar. Sebab kau memerlukan masa yang banyak untuk siapkan proposal. Pergilah ye kursus-kursus tu. Kalau nak tunggu fakulti buat, entah bila. Kalau fakulti sediakan kursus penyelidikan, semua dicakupinya. Qualitative la. Quantitative la. Takde masalah. Bagus untuk pengetahuan asas. Tapi kalau kau berhasrat untuk menguji model teori terhadap sesuatu isu, kau agak nak guna method apa? Kuali ke kuanti? Bagi pandangan aku, ni perkara asas untuk kau pilih method kajian. Boleh je kalau nak guna mixed method. Cuma aku kurang bersetuju. Pesan pensyarah aku dulu, Dr Kartini, UKM.

"kalau awak semua ada masa yang banyak nak buat PhD, buatlah mixed.Tapi kalau kau kena habiskan 3 tahun, kau pilih jelah salah satu."

Ada juga SV yang minta kita buat mixed method. Cuma bagi pandangan aku, tiada keperluan untuk buat kalau betul-betul tak perlu.

Ramai juga terpaksa akur dengan arahan sv terutama geng-geng pendidikan. Suka sangat mixed method. Bukannya apa. Tujuan mixed method untuk apa? Untuk memperkukuhkan keadaan.

Contoh, dalam model SEM yang telah diuji, mungkin ada variable yang tak signifikan. Mungkin disebabkan masalah outliers atau kekurangan responden, maka kau pergi interview untuk dapatkan justifikasi atau idea untuk memastikan dapatan lebih kukuh. Tapi boleh ke tak payah interview. Terpulang. Kalau buat boleh je. Hasil kajian akan jadi lebih baik. SEM sendiri satu ujian statistik yang sangat powerful dan terkini. So bagi pandangan aku yang kerdil ini, tak payah kot.

Alamak, aku rasa mengantuk. Nanti aku sambung balik.

Khairy
2211
24022018