Saturday, 23 February 2019

Kahwin dengan orang jawa (wong jowo)

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku yang berkahwin dengan orang jawa.
Aku tulis sebab sepupu aku (belah isteri) baru kahwin hari ini. Dengan orang Kedah.

Aku teringat dulu, abah macam tak berapa suka orang jawa sebab beliau beranggapan orang jawa adalah orang indonesia. Tapi abah tak pernah cakap depan-depan. Abah cerita kat aku, dulu dia pernah menghadiri kenduri orang jawa dekat Kuala Selangor. Katanya, orang sana kalau kenduri kahwin ni pelik.

Tapi bagi pandangan aku, setiap suku atau ras atau kaum mesti akan ada adat dan budaya masing-masing walaupun mereka dari satu rumpun yang sama iaitu bangsa Melayu. Ya mereka adalah bangsa Melayu.

Baik. Aku akan ceritakan sikit sebanyak yang aku tengok berkaitan dengan adat orang jawa. Khususnya jawa di Johor. Kalau kat Selangor tu, aku tak pastilah.

Antara aku ingat ialah 'tol' sebelum masuk ke rumah pengantin perempuan. Jangan salah faham ye. Kalau pengantin tu lelaki, mana nak ada tol ye. Namun harapan untuk hapuskan tol hanya tinggal angan-angan. Ops termasuk politik. Jangan marah ye.

Berkaitan tentang tol tu, waktu aku sebagai pengantin lelaki, kena bayar tol sebelum masuk rumah. Antara tol yang kena bayar ialah tol nak masuk simpang rumah, tol sebelum naik tangga, tol sebelum jumpa pengantin, tol sebelum naik pelamin.

Pada awalnya, aku rasa apa bendalah adat ni. Menghabiskan duit. Dahlah waktu tu, aku belum kerja lagi. Rupanya aku silap. Tol tu kena bayar bukan mahal pun. RM1 je. Tapi nasiblah. Ada yang minta sampai RM5. Biasanya yang minta tol ni bebudak kampunglah. Ala. Anggap jelah itu satu sedekah. Tapi kalau mak andam, tol dia sampai RM100. Dahlah mak andam aku rembat telefon kawan isteri aku (ini adalah satu tuduhan tanpa bukti tapi andaian berdasarkan bukti alibi. Macam Hajime Kindaichi kun.

Tapi adat tetaplah adat. Kalau perkara itu baik, buat jelah. Kalau tak baik tinggalkanlah. Bayar tol sebelum jumpa pengantin perempuan tu tak salah. Cuma kalau minta berlebihan tu jadi salah sampai menyusahkan pengantin.

Antara budaya lain jawa Johor ni ialah bab makanan untuk tetamu. Kalau anda jadi tetamu, mereka akan jamu semua makanan yang ada kat rumah. Buah-buahan ke, nasi ke, lauk ke. Semua mereka akan bagi. Makanlah anda sampai pitam.

Tapi aku teringat kawan aku. Dia tak suka makanan orang jawa.

"Osah ei. Den memang tak suko makanan orang jawo ni. Lauk ontah apo-apo. Den siap suruh orang rumah den belajar masak dengan makcik style masakan nogori."

"Ah kau. Dah kahwin dengan orang jawa, belajarlah hidup dengan makanan mereka. Bukan tak sodap pum."

"Iyolah. Tapi masakan sini banyak pakai air. Nasi ambang. Mano den ghoti nak makan nasi macam tu."

Aku diam kan jelah.

Kalau nak tahu macam mana nasi ambeng tu, bolehlah google. Tapi perkara asas kepada nasi ambeng ni ialah nasi putih, mee goreng, ayam kicap, sambal tempe, ikan masin. Tulah rasanya bahan untuk nasi ambeng. Gaulkan semua, kemudian makan. Aduh sedapnya.

Tu antara perkongsian aku untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Pesan aku, bila kau kahwin, kau kena kahwin dengan keluarganya, adat budaya, makanan dan gaya hidup. Perkara normal bagi manusia mempelajari sesuatu yang baru.

Ok. Terima kasih.

23/2/2019
1738
Kampung Perak

Friday, 22 February 2019

Cari kerja atau sambung master? Mana pilihan anda?

Assalamualaikum.

Waktu ini, aku tengah tunggu kereta diservis. Kereta isteri aku. Bapa mertua aku bagi (bayar juga sikit-sikit)

Tetiba aku rasa macam nak kongsikan satu tips atau mungkin beberapa tips. Tips ni berdasarkan pengalaman aku.Waktu aku praktikal di sebuah syarikat perancangan dan pengurusan pusaka yang berpusat di Kuala Lumpur, aku sering tertanya pada diri aku. Aku nak terus bekerja atau aku nak sambung master. Aku memang tak tahu. Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak sambung belajar. Tapi umur aku dah lanjut. Yalah. Aku habis ijazah, umur aku dah 25 tahun. Kawan sebaya aku semua dah habis belajar sebab rata-rata ambil matriks atau STPM selepas SPM. Aku saja yang ambil diploma. Mungkin ada juga. Tapi ada ramai juga rakan lain yang ambil kemahiran atau terus bekerja selepas SPM, STPM dan Diploma.

Waktu aku tahun akhir ijazah, aku sering tertanya.

"Apakah hala tuju aku selepas ini? Adakah aku akan bekerja? Sambung master?"

Aku kadang-kadang kurang jelas cita-cita aku. Tapi aku tahu. Aku kena tanya pandangan mama dan abah. Walaupun mereka belajar tak tinggi, mesti mereka nak anak mereka belajar tinggi.

"Mama, kalau abang nak sambung master, mama bagi tak?

"Sambunglah. Mama bagi. Mama nak juga ada anak yang berpendidikan tinggi."

Aku jadi nekad. Aku nak belajar. Sambung belajar. Aku bandingkan dengan senior ijazah aku dulu. Dia takdalah pandai sangat macam aku (puji diri sendiri). Tapi dia berjaya habiskan master. Tak kan aku yang kononnya cerdik pandai ni tak boleh buat.

Aku tengok rakan-rakan aku (senior), berjuang juga untuk dapatkan kerja selepas habis belajar. Tapi bila dapat kerja, alhamdulillah. Boleh dah kahwin. Tapi aku ni macam mana? Tengok jelah kawan- kawan kahwin. Pergi kenduri mereka. Sedih tahu tak?

Aku cadangkan pada diri aku. Aku apply mana-mana kerja, tapi masa yang sama aku apply master. Supaya aku ada pilihan. Aku tengok kawan-kawan aku taknak buat macam tu. Mereka nekad untuk tidak sambung belajar. Rela cari kerja. Kalau duduk kawasan Kuala Lumpur, agak mudah nak cari kerja. Tapi kalau jenis macam aku? Aku tak suka duduk di bandar. Aku suka duduk di kampung.

Maka, aku mula fikir. Aku nak sambung master dalam bidang apa? Kat mana? Kat UUM lagi? Aduh. Jauhnya. Tapi aku selesa kat sana. Pensyarah aku pun ramai kat sana. Oklah. Macam ni. Aku apply UKM dan UUM.

Ya. UKM. Aku nak juga rasa suasana baru. Aku malas nak apply UM sebab kawasan bandar. USIM pun aku malas sebab USIM mementingkan bahasa Inggeris. UiTM pun aku malas sebab kat bandar Shah Alam. UKM pun bandar juga. Tapi aku rasa tak lah serabut mana

Sebelum aku lengkapkan permohonan. Aku selidik dulu. Apa subjek yang ditawarkan. Adakah perlu buat penyelidikan/research. Aku mana tahu research tu apa benda.

Aku tengok dua course yang aku pilih ni, adalah mod kerja kursus. Sarjana Ekonomi Islam UKM dan Sarjana Sains Pengurusan. Tapi dalam hati aku, memang aku akan pilih UKM. Permohonan dibuka pada bulan 3. Maka, aku pun isi untuk kedua-dua uni ni.

Alhamdulillah. Aku dapat dua-dua. Tapu hati aku memang nak ke UKM. Memang aku pilih UKM. Kalau ikutkan, ramai senior aku sambung saja kat UUM. Tapi aku tak nak. Aku nak lain daripada yang lain.

Sebelum aku daftar masuk UKM, aku pergi ke bakal fakulti aku. Aku jumpa dengan seorang yang hebat iaitu Prof Madya Dr Sanep Ahmad. Penulis hebat buku Ekonomi Islam. Aku tanya pandangan dia. Alhamdulillah. Aku dapat pandangan yang positif.

Tapi timbul persoalan. Aku kat UKM ni, aku adalah dua tiga orang kawan. Tapi tak kan nak harapkan mereka. Aku kena usaha sendiri. Takpe. Aku yakin aku boleh.

Maka daftarlah aku sebagai pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan dalam tempoh 1 tahun setengah. Seperti yang dicadangkan. Walaupun ada empat lima orang rakan aku habiskan master dalam tempoh setahun, tapi aku yakin. Walaupun aku habis lambat, bukan bermakna aku bodoh.

Alhamdulillah. Aku batch pertama kursus ni. Aku grad master dengan 3.80. Walaupun aku gagal mengulangi kejayaan aku sewaktu ijazah, dapat pelajar terbaik, tapi aku masih antara yang terbaik. Aku belajar menulis artikel jurnal. Conference. Aku rajin nak pergi. Cari idea.

Dan Alhamdulillah. Aku akhirnya, dapat habiskan PhD dengan cepat dan lulus dengan cemerlang.

Terima kasih rakan-rakan master aku yang aku tak dapat sebut siapa. Tapi pengalaman master menyebabkan aku tak rasa mudah kalah.

Sekian coretan aku tengahari ni.

Mohd Khairy Kamarudin
Pekan Simpang Renggam
1209
23022019

PhD satu perjalanan yang indah

Assalamualaikum semua.

Aku dah lama tak menulis di sini. Mungkin aku sibuk sikit.

Alhamdulillah, tanggal 12/2/2019, aku telah berjaya lulus viva aku dengan mendapat keputusan B1 (lulus dengan pembetulan).

Aku dapat Graduate on Time sebab aku baru semester lima. Phd kebiasaannya kena buat dalam tempoh tiga tahun.

Aku turut dicalonkan sebagai pelajar cemerlang. Alhamdulillah. Semua ini kurniaan Allah.

Aku akui. Aku tak tahu buat research. Rasanya aku dah cerita dalam topik tentang Dr Sue tu.

Aku cuma teringat balik. Aku yang tak tahu buat research. Terkial-kial nak buat research waktu master. Literature review pun tak tahu apa benda. Apatah lagi method.

Aku teringat sahabat aku pernah cakap kat aku.

"Kau ni sambung PhD nak buat guna method apa?" Alamak. Serius aku tak tahu.

Tapi aku pesan pada diri aku sendiri. Kalau kau tak tahu kau pergilah belajar. Tanya orang. Alhamdulillah. Aku pergi belajar  dengan ramai orang. Dan faktor persekitaran aku turut mempengaruhi. Isteri, keluarga. Aku sayang keluarga aku.

Mungkin hari ini aku tak sempat nak kongsikan tips PhD, in sya Allah malam esok aku kongsikan. Nak tidur dah.

Assalamualaikum

Khairy
0125
22022019
Kampung Perak