Wednesday 16 November 2016

Budak sekolah tak boleh disentuh?

Assalamualaikum

Baru2 ni, negara kita diviralkan dengan isu budak2 kena duduk atas jalan tar dan padam papan hitam.. pastu, ramai yang memberikan feedback.. aku pon tergolong la nak beri feedback..tp aku takdela bagi respond dalam setiap post tu.. sebab aku rasa, aku kekurangan ilmu yang berkaitan persekolahan dan perguruan. n aku bukan berada di sana.

ramai yang menyalahkan ibu bapa kerana maki pihak sekolah... pihak PPD n PPN dan KPM pulak, konfem akn melawat sekolah tu sebab nak tahu apa yang berlaku... Bagi pandangan aku, remaja sekrang terlalu KEBAL sehingga mereka semakin berani melawan sekolah dan guru2.. diorang dilihat terlalu KEBAL sehingga mereka langsung tidak boleh diusik dan disentuh.. kesian cikgu2... rasanya fungsi mereka telah berubah... hanya kepada mengajar... bukan mendidik... kalau murid2 kurang ajar, apa cikgu2 boleh buat? nak rotan? tak boleh... dah tu? nak membebel? rasanya membebel pon, apa boleh diorang dengar... berbuih2 mulut cakap pon, belum tentu mereka dengar... tp maybe kite cube jugela beri nasihat.

Rasanya budak2 sekrang dah tak tahu apa maksud keberkatan... serius beb.. keberkatan tu sangat penting... sebab dengan doa dari mereka jugalah seseorang itu boleh berjaya... tol tk? sekarang ada ramai Doktor perubatan di Malaysia.. adakah mereka terus pandai menjadi Dr? tak kan.... mereka menjadi doktor sebab adenya cikgu..

Mmg aku akui, dlu aku nakal.. aku rasa maybe ramai cikgu2 mmg tak suka aku... tp nak buat camne, pihak sekolah takkan buang aku sembarangan... hahaha.. maybe sebab aku mcm outstanding sikit.. maafkan aku cikgu.... aku tetap hormat mereka.. waktu aku jumpa ustaz aku, aku masih cium tangan mereka. sebab bagi aku, keberkatan mereka tetap ada... 

pasal padam papan hitam pon nak jadi isu... ala, biar jela padam papan itam... ke diorang kat rumah macam Raja... come on la youth!!! ko bakal memerintah negara kot... ko egt ko takkan bersaing dengan bangsa asing? ko maybe selesa bersaing sesama melayu..bile dah kat U., lembik la ko brader.. melayu jauh ketinggalan bro...

Bebudak melayu kat U, asyik leka dengan cinggey, game, cinggey, game... tu jela... aku takdelah larang diorang wat semua tu.. tp berpada2 la... korang tu mahasiswa... mmg seronok zaman belajar.. aku pon rindu zaman tu... sangat rindu...kalau ditanya ke aku... zaman apa yg aku ingin kembali... konfem aku jawab, zaman degree!!!! weh seronok..jauh dari mak ayah....hahaha.. baru tahu rindu mak n ayah...

aku rasa sampai sini jela.. ngantok..esok nak p langkawi, nak cari mahsuri di hatiku.. hahaha .. kalau wife aku baca, mati den...

taman haji ali 2, 16 November 2016, 2230

No comments:

Post a Comment