Thursday 16 October 2014

Mahasiswa lemau kerana Universiti serta isinya yang lemau

aku rasa, kali ni posting aku bunyi agak keras... mungkin aku teransang dengan buku yang baru aku terima dari seorang sahabat aku... aku tak dapat bayangkan isinya.. buku tu aku terima pagi tadi... rasanya, tak payah la aku nyatakan buku apa.. tapi bila aku baca buku tu, aku jadi termanggu...dan termenung... dalam usia yang muda, penulis telah melalui satu proses kehidupan yang dewasa... hidup gelandangan.. tp aku suka hobi dia... membaca dan menulis.. kekadang aku baca penulisan dia agak keras..

lepas aku baca sedikit, aku merenung, di manakah insan2 yang sebaya dengan beliau ketika ini.. aku memerhatikan gelagat2 students aku... aku peratikan mereka.. hidup mereka terlalu mewah dan tak merasa kesusahan... tak dapat bayangkan kalau mereka hidup sebagai gelandangan... aku pon sendiri tak leh jangka apa yang berlaku..

penulisan dy membuatkan aku merindui individu2 hebat kelahiran universiti tempatan.. graduan2 tempatan.. menjadi aktivis2... terlibat dalam NGO... mungkin disebabkan wujudnya AUKU yang sedikit menghalang kegiatan mahasiswa.. namun, bagi aku, AUKU tu hanya dapat menyekat sedikit... sedangkan kalau aku lihat dari mata kasar aku dan pengalaman aku sendiri, aku tgk mahasiswa skrg dah terlalu asyik dengan dunianya.. main game, macam2 game.. kalau aku tgk dulu, aku tgk kawan2 aku asyik main DOTA,, counter strike dll... aku rasa mahasiswa kita dilemaukan dengan aktiviti gitu.. maybe orang akan argue aku.. aku terlibat dengan persatuan A, persatuan B, kelab C.. tp bagi aku, macam kurang lengkap lagi... dan mungkin mereka akan melebarkan sayapnya selepas abes belajar.. rasa macam aku bias pulak.. aku tak nafikan, mmg ada pelajar2 aku yg aku tgk kemungkinan besar akan jadi aktivitis... menjadi insan yang sanggup menghadapi dunia luar...

dulu, aku pon mengharap jadi gitu... aku harapkan aku belajar pandai2,.. join program tu ini, aku mengharap menjadi seorang aktivitis atau pemimpin kepada rakan2 sebaya aku.. tp semua itu terkubur dengan aku cenderung untuk menjadi seorang ahli akademik.. sekrang aku dah menjadi seorang pensyarah. nampak cam sedap.. gaji macam banyak.. tp jiwa aku memberontak.. aku ditekankan juga untuk melakukan kerja2 opis.. pergi kursus dan bengkel2 yang tak pernah abes.. kena wat CLO, CLO, CLO,CLO.. aku rasa cukup membosankan.. bukan itu aku nak.. aku nak mendidik pelajar2 aku untuk jadi insan yang berguna.. bukan menjadi seperti robot.. ikut je flow yang ditetapkan oleh CLO.aku bukan gitu.. aku suka students aku berbahas dengan aku.. suke mereka bersemangat... aku suka mereka mempunyai jati diri...

pihak universiti sendiri yang menyumbang terhadap keLEMAUan mereka.. serius... pensyarah2 yang skema2.. yang syok sendiri.. langsung taknak ambil tahu hal pelajar.. pergi ngaja cam robot... cakap2, students pon hanya mendengar... tiada langsung interaksi dua hala... kelemauan apakah yang cuba diketengahkan..?

sorry.. pandangan aku mmg kejam.. aku takkn post kat media sosial aku sebab aku perlu menjaga hati dan perasaan orang lain.. aku berani dalam menulis dalam blog ni sebab mungkin ada yang membaca dan ada yangt ak membaca..

aku rasa lagi, remaja2 kita dah hanyut dalam dunia yang mereka ciptakan sendiri.. aku rasa mcm mereka akan mengikut jejak aku.. abes blaja, cari keje.. sedangkan sumbangan terhadap masyarakat terlalu sedikit.. aku mengharap sangat2 mereka jadi yang berilmu.. bersedia untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar dari dunia kampus yang hanya sedikti mengajar erti kehidupan... budak2 skrg ni hanyut... hanyut.. alpa... aku benci semua tu...

mataku belum mengantuk... rasanya sat lagi aku menulis lagi..

17 Oktober 2014, 1,45am

No comments:

Post a Comment