Thursday 16 October 2014

Harta orang, watpe nak p sibukkan (part 2) ????

Assalamualaikum..
berbalik kepada cerita ayah cik aku tu..
ayah ude aku meninggal, waris yang ada hanyalah mak ude aku memandangkan nenek dan tokki aku dah meninggal.. arwah pon hanya ada anak angkat je..so, dari sudut pembahagian faraid, maka warisnya adalah isteri dan adik beradik arwah.. adik beradik dapat harta arwah sebabkan beliau takde anak dan nenek n tokki dah takde... adik beradik pulak ada dalam 11 orang.. bayangkan.. mak ude aku kena dapatkan 11 IC dan tanda tangan bagi menuntut harta pusaka tu.

arwah ni ade meninggalkan harta dalam bentuk rumah, simpanan dan kereta..
maka semua adik beradik arwah dan isteri arwah berhak kepada harta-harta arwah di atas.

aku tak nak cerita pasal simpanan dan kereta.. sebab harta itu harta yang susut nilai.. berbanding rumah..

ayah cik aku plan untuk semua adik beradik ada hak kepada rumah arwah. kalau boleh nak dijadikan wakaf.. supaya adik beradik lain senang nak datang.. so boleh tak bayang kan... sebiji rumah, ade 12 orang nama.. padahal rumah tu, bukanlah besar sangat... setingkat dan ade 3 buah bilik.. serius bagi aku takdelah besar sangat...

aku pon asalnya membantah la... kenapa tak lepaskan sahaja hak adik beradik tu kepada mak ude.. menggunakan prinsip takharruj. prinsip ni boleh dikatakan sebagai prinsip melepaskan hak faraid kite dan menjadikan seolah-olah2 kita takde dalam senarai faraid.. ade 3 cara prinsip ini.. tapi aku malas nak terangkan detail.. tapi bantahan aku dah dibantah dengan nada yang agak keras.. ayah cik aku bertegas bgtau yang dia dan adik beradik taknak harta tu dapat kat mak ude seorang.. sebab kalau mak ude aku ninggal, so rumah yang ayah ude aku beli, akan menjadi milik keluarga mak ude aku di Klang..

Dalam ati aku...... "harta orang, watpe nak sibuk2"

just pandangan aku... sepatutnya, adik beradik arwah ayah ude aku sepatutnya berpakat, biarlah rumah tu jadi milik mak ude seorang... sebab itukan peninggalan suami dy.. kesian lah kat dia.. biar jelah kalau rumah tu dapat kat keluarga kat Klang sekalipun... sebab bukan duit kita pon..kita hidup ni bukan selama-lamanya.. hujah beliau yang menyatakan senang anak cucu di masa akan datang sebab ade rumah, aku sangat tak setuju.. mmg aku sangat tak setuju... sangat tidak setuju.. aku merasakan keluarga arwah ayah ude tak patut buat gitu.. bukannya semua takde rumah sendiri.. kalau dapat kat mak ude pon, dy tetap mak ude kita.. walaupun kalau dy ninggal, akan dapat kat keluarga klang..

satu lagi, pandangan aku, kalau ade 12 orang nama dalam rumah tu... buat yang ninggal tu bukan mak ude, tapi adik beradik yang lain.. contohnya yang ninggal ialah xxxx (salah seorang dari adik beradik ayah ude tu.)... so harta tersebut akan jadi milik anak2 arwah... bayangkan kalau beliau ade 4 orang anak.. so, rumah tu akan ade 15 nama.. so nanti akan bertambah nama dalam rumah tu.. tak ke rumah tu tak jadi produktif..

tu sebablah orang ade cakap, hukum faraid ni menyebabkan orang berpecah belah.. namun bagi aku bukan hukum faraid, tapi sikap orang.. bile sebut harta, semua celik mata.. cayo la cakap den..Islam ada alternatif yang lain.. contohnya takharruj tu.. prinsip tu boleh digunakan khususnya utk mengelakkan harta tersebut jadi tak produktif..

aku susah nak cakap dengan orang tua...diorang bukan nak faham.. bukan nak mengalah.. same je.. pandangan aku di tong sampahkan.. diorang egt diorang power sangat ke pengurusa pusaka.. aku takde la expert.. tp aku lebih memikirkan untuk jangka masa yang panjang.. so aku mengharapkan, sesapa yang baca apa yang aku nukilkan ni, egtkanlah.. kita perlu permudahkan urusan orang lain.. jangan kita serabutkan...

aku memikirkan, kesian dekat arwah ayah ude aku tu... rumah yang sepatutnya dapat kat isteri dan anak angkat dy, dapat kat adik beradik atas sikap tak nak mengalah adik beradik dy.. n cadangan aku, kalau arwah ayah ude aku masih hidup, sepatutnya membuat hibah atau pindahmilik semasa hidup.. mmg cam ade risiko... sebab kalau tak wat masa masih sihat, n wat time sakit, silap2 pemberian tersebut dikira sebagai hibah mardatul mawut (sakit yang menghampiri mati).. so tertakluk kepada prinsip2 asas wasiat iaitu takleh kepada waris, dan hanya 1/3 sahaja...

aku taknaklah kira faraid bagi arwah.. tp aku boleh bayang, semuakan akan berhak pada jumlah yang kecik..dan jumlah tersebut akan jadi lebih berkurang apabila berlaku kematian salah seorang daripada 12 orang tersebut... argh!!!! gilalah.... rumah kecik sampai ada 30 orang nama... susahnya..

tu jela ngomelan aku... aku rasa macam ade banyak benda yang boleh bahaskan lagi.. tapi itu kalau aku bercakap.. kalau aku menulis ni, dy akan jadi lambat sikit.. heheheh

Sekian, terima kasih,

17 Oktober 2014, 12.06am

No comments:

Post a Comment