Thursday 16 October 2014

Dunia birokrasi yang menjengkelkan

Assalamualaikum....

Birokrasi.... kerana melayan karenah birokrasi, menyebabkan aku tercongok depan komputer membuat kerja aku secara syok sendiri... argh!!! aku sepatutnya berada di ILIM untuk menghadiri seminar pengurusan pusaka Islam.. mmg aku nak sangat2 pergi.. tp kerana karenah birokrasi aku terdampar (ayat mmg takleh blah)..

nak mohon p menghadiri kursus, aku kena dapatkan kebenaran ketua aku.. pas dapat kebenaran ketua aku, permohonan aku akan dilanjutkan kepada pihak atasan.. berapa banyak pihak atasan yang aku kena lalui.. permohonan aku dah buat lebih dua minggu... apa kelembab sangat..? susah sangat ke nak bagi kebenaran untuk aku p... aku p sebab aku tahu, mmg susah nak kumpulkan semua pakar2 dalam bidang pusaka sekaligus.. sangat menyedihkan n sangat2 sedih aku tak dapat pergi..

aku cuba positif untuk bersetuju, mungkin ada sebab aku tak dapat pergi.. tp ntahlah..bile kawan2 aku bakar, sebab apa aku tak p, aku terus naik hangin... mmg cam t*** betul..

bayangkan dunia yang penuh birokrasi... nak mohon ni, kena dapat kelulusan A, kelulusan B dan kelulusan C.. sedangkan perkara tu urgent... so akan jadi lembab.. orang kate, mmg dah prosedurnya gitu.. tapi rasanya tak salah kalau dipermudahkan... dah orang yang meluluskan tu,,. kenalah sentiasa cari masa... asyik meeting je... tah apa yang dicakapnya time meeting... aku paling benci meeting. sebab aku mmg tak suka meeting.. lainlah kalau suara aku di dengar.. aku bukan samikna wa atathna... aku bukan gitu.. kalau ada yang aku tak puas ati, aku konfem akan cakap.. tp kalau aku cakap, orang wat derk je.. maybe sebabaku takde nilai kot.. takpe.. aku akan buktikan yang aku sangat bernilai.. tunggu dan lihat..

aku suka menulis.. mmg suka menulis.. tapi kalau dah hari2 meeting.. hari2 kena wat kerja kerani.. baik aku jadi kerani... bukan aku merendahkan kerja kerani.. tp hakikatnya, itu bukan kerja aku... aku suka menulis artikel atau jurnal sebab tu la benda yang aku rasa nak masuk dunia akademik.. tapi karenah birokrasi jugak lah menyebabkan aku tergendala. aku lost... penyelia master aku pulak dah bz... aku tak salahkan dia.. dia sangat baik dengan aku.. dia selalu tolong aku... kadang2 je kata2nya menyakitkan.. tp aku jiwa kebal..

rasanya, sampi sini jelah aku nak cakap.. maybe idea aku ari esok ak nak cerita tentang zakat.. barulah rasa cam ustat.. hahaha

17 Oktober 2014, 2.10am

No comments:

Post a Comment