Thursday 10 January 2019

Ketua negara jangan dihina

Assalamualaikum...
Tajuk tulisan malam ni macam berat...aku pun takut nak tulis... Tapi aku rasa macam nak tulis juga..baru2 ni...kalau tengok FB, ramai orang malaysia yang sudah berani menunjukkan diri mereka yang sebenar...

Mereka makin lantang menghina Agong...Agong sebagai ketua negara Malaysia. Tak kira Melayu ke Cina ke india ke..semua nak hina dengan kata2 yang sangat cela... Mencarut dan memaki hamun...

Aku melihat dari pelbagai sudut...

Sudut pertama...mereka mudah2 memaki hamun Agong sebab mereka merasakan mereka tak perlu lagi Agong. Seolah2 Agong takde fungsi... Malah sistem monarki yg diamalkan di Malaysia, akan cuba dihapuskan.

Dari sudut kedua, mereka lantang menghina Agong kerama mereka telah hilang pedoman sebagai rakyat Malaysia.. Mungkin mereka lupa atau tak tahu bahawa nenek moyang mereka telah bersumpah utk taat setia kepada Agong dan sultan2... Kenapa sewenang2nya nak hina..

Malah hina orang lain pun tidak boleh..tak dibenarkan...mungkin ada yg berfikir..macam mana kita nak tegur Agong atau Sultan...

Ntah aku pun taktahu..tapi aku yakin..pasti ada cara kalau nak tegur pun..

Islam pun menyeru umatnya supaya memberikan teguran secara berhikmah..tapi kalau kau cakap bukan2 tentang Agong.... Tu bukan kritikan..tu dah jadi menghina...

Aku percaya sistem monarki yg diamalkan di mana masih releven..dah releven sampai bila2... Igtlah... baginda ini yg bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian Islam di MAlaysia...

marilah sama2 kita doakan supaya Agong dan Sultan2 kita berdiri teguh bagi memastikan baginda teguh untuk mempertahankan bumi Melayu...

Mohd khairy kamarudin
2238
10 Januari 2019
kampung perak, machap

No comments:

Post a Comment