Wednesday 22 June 2016

Perak..... aku pernah mengharamkan diriku ke sana

Assalamualaikum

AKu suka travel.. n aku akan travel naik kereta... kurang sikit kalau naik bas... maybe orang cakap, kalau naik bas, lagila terasa travel... tp bagi aku, kalau naik kereta, lagi panjang kaki aku nak berjalan.. asal ada je tulisan yang menyatakan tempat yang cantik.. konfem aku akan singgah.. n aku pon suka tgk bahasa, loghat, makan2... dalam banyak2 negeri, hanya satu negeri sahaja yang aku rasa mcm sangat jarang aku rasa nak melawat.. iaitu negeri Perak..

nak kata aku tak suka ke Perak, dulu kalau nak balik UUM, konfem aku lalu perak... paling kurang aku akan singgah kat umah rumate aku.. kat padang rengas, kuala kangsar... antara makan yang popular, mee udang la.. kat kuala sepetang.. pernah dlu aku boring time kat UKM.. aku kata kat member aku... weh... aku lapa la.. jom makan mee udang.... member aku tu orang Sabah... jenis yang macam berduit sikit... apa lagi... aku start je kete viva aku, terus jalan2 ke utara... hanya semata2 nak makan mee udang, aku sanggup weh drive.. aku rasa dekat 5 jam gak la nak sampai ke sane... tp seronok nak jalan2 kan.. kadang2 nak je aku singgah macam2 tempat.. aku tak suka, kalau p satu tempat, hanya jalan situ je.. konfem akan melencong... kalau kawan2 yang kenal aku rapat, mesti dy akan tahu,,,

baru2 ni, aku ditugaskan untuk melihat pelajar-pelajar LI di negeri Perak... wah.. peluang yang takkan aku sia2kan... mmg aku teringin nak jalan2 kat perak... pergi lawat2 kawasan perak tengah sebab aku mmg tak pernah pergi sane... nak pergi pulau pangkor lagi.. best nya jalan2...

sebenarnya, di sebalik perjalanan tu, aku taktahu sama ada sumpahan aku masih ada lagi ke tak...hahaha... dulu aku pernah mengharamkan diri aku untuk menjejakkan kaki kat dua tempat...
1. lumut
2. pangkor

tp tak tahula masih valid ke tak sumpahan tu... kenapa ea aku mengharamkan diri untuk jejak kaki ke sane... hahaha

waktu aku degree dulu, aku pernah di'cari' oleh seseorang yang bekerja di sana...aku tahu, time tu aku yang salah...tp takyah la kot nak cari aku sampai ke UUM... ko hengat ko power sangat...bile dia call nak pukul aku kat UUM... aku pon jawab... "kalau ko rasa ko hebat sangat, ko datang la... jangan terkejut kalau satu UUM lanyak ko dgn abang2 long kau... ni kawasan aku la.." terus krik2


tapi tak ramai yang tahu cerita ini.. hanya aku, "kau" dan "dia" sahaja yang tahu siapa watak2 dalam cerita ni... hahaha.... rasanya boleh kot agak... huhuhu.... 

tp alhamdulillah, baru2 ni aku pergi, aku rasa macam terlepas satu bebanan... aku rasa sangat lega... perasaan yang aku pendam dah bertahun..akhirnya aku berani gak nak menjejaki kaki kat situ.... n aku harap semua hari nanti aku berpeluang untuk jumpa "kau" kat sane.... n aku takkan gentar....

apa tah aku bebel sensorang ni... ni semua pasal ayam panggang yang aku kena masak...

ade kat dapor tu.... puasa weh


sekian, wassalam...

Mohd Khairy Kamarudin
Kg Perak, Machap, Simpang Renggam, 3.21pm, 22 Jun 2016

No comments:

Post a Comment