Wednesday 18 November 2015

Presiden yang dibenci atau dihormati

Assalamualaikum....

semalam 17/11/2015, kelab pelajar-pelajar aku buat AGM... Annual Grand Meeting... untuk tujuan melantik Presiden, n anak2 buah mereka...

Aku tak campur tangan pon... aku hanya tengok sahaja... tp macam2 ragam aku tgk... yg paling best adalah pertandingan jawatan presiden.. jawatan yg nak sangat aku pegang time aku degree dlu.. tp ntahla.. tak dapat pon... nampak tak aku gile jawatan... eh of kos la.. aku mmg nak sangat jawatan tu sebab itu merupakan penanda aras aku di tahap mana... mmg org akan cakap aku gile jawatan... tp lantak ko la... ko yg taknak.. tp aku mmg nak... so what?

ada tiga nama yang dicalonkan.. ketiga2 tu aku takde la rapat.. tp cam la muka diorang... dalam tiga orang tu.. presiden yang dilantik adalah fikri... aku takdelah kenal sangat budak fikri tu.. tp aku tahula serba sedikit.. walaupun aku tak rapat dengan diorang..

tapi aku ade lah dengar beberapa feedback... 1st dari presiden lama... dia cakap yang bdk fikri tu bagus.. penah pegang jawatan kelab rekreasi uni... aku pon kate bagusla.. maybe boleh naikkan lagi nama kelab... time pemilihan tu pulak... aku macam ade perasan yang mcm ade seolah2 ada gerakan untuk menaikkan budak fikri ni.. aku taktahu kenapa... seolah2 calon yang lain tu, tak bagus... tp bagi pandangan mata kasar aku... aku mmg tak setuju dengan calon2 yang lain.. aku tak suka sangat ketua yang lembik n tak tegas...

pastu, ada gak aku tanya kengkawan satu batch.. diorang cakap, fikri mmg dah naikkan kelab rekreasi tu.. tp kelab kos ni susah sikit... aku mcm tertanya2 pulak.. tp aku mls nak panjangkan cerita... bile aku egt fikri ni, aku teregt presiden kelab muamalat dulu.. time aku tahun last... 2010-2011 kot... time pemilihan tu, aku terkejut, name fikri (kebetulan same name) dinaikkan... sebab presiden dilantik melalui syura di kalangan MT pada tahun sebelum.. bukan melalui sistem undian.. so aku tertanya2... sape tah budak fikri ni.. mmg aku tak kenal... kenapalah tetiba dia naik... takpelah.. aku beranggapan kelab muamalat takkan pergi jauh... tup tup, nama aku tercalon jadi exco latihan dan kepimpinan... mmg aku tggu2 sebenarnya.. janji dapat pegang jawatan... hahaha.. tp aku bersedia ke nak bekerja dengan orang yang aku tak kenal.. tp time tu timbalan exco aku seorang perempuan yang tak pernah buat projek... aku pon terima je la.. maknanya, aku berkuasa penuh la terhadap exco tu..

time 1st meeting kelab... barulah aku dapat jumpa presiden tu sendiri.. walaupun tak kenal ati budi dy.. tp aku rasa dia ok.. maybe sebab dy junior.. aku tahun last.. so nampak sikit aku poyo... so dy memberikan kuasa kepada exco2 untuk membuat rancangan program sepanjang tahun... bile tiba time aku, aku bg la beberapa cadangan antaranya mengadakan lawatan kerjaya dan program motivasi sekolah..

Dy mmg bagus.. ade gak bagi nasihat.., tp yang bestnya, dia serahkan 100% kepada aku untuk buat apa sahaja yang aku nak.. hahaha. mmg akan bertanduk la aku... so waktu aku sem 6, aku berjaya buat satu program motivasi kat sekolah.. sekolah kat alor setar.. tp mmg aku akui la agak mencabar sebab aku buat program luar... bukan program dalaman...

sem 7 pulak, aku handle 2 projek besar... projek lawatan kerjaya dan baktisiswa... sebenarnya, takdepon kelab kos yang berjaya buat baktisiswa melainkan kelab aku yang diarahkan oleh aku... aku rasa macam aku poyo... bayangkan.. kelab kos berapa sangatla dana yang diperuntukkan.. tp time tu aku buat baktisiswa aku kutip sorang dalam RM20 sebab nak cover... n takle tggi sangat.. nanti takde orang nak pergi.. time tu, aku mmg takot. dari segi penyertaan.. aku tktau kenapa ada geng2 yang sangat jaki dengan aku... so ade gak macam ura2 program aku akan diboikot.. tp alhamdulillah... semua berjalan lancar.. presiden Sekreteriat Rakan Muda pon join program aku.. sampai sekarang aku egt dy cakap... "dalam2 byk bakti siswa yang aku join. ni la bakti siswa yang paling murah nk jimat tp sangat berjaya n berkesan dalam ati".. pergh... presiden lain kot... tp presiden aku lagi steady... dy mmg serahkan 100% kat aku....

terima kasih presiden... walaupun aku takdelah rapat dengan ko.. tp aku nak ko tahu.. ko tetap presiden aku... dan aku sebagai orang bawahan ko, aku sentiasa ikot cakap ko... ikot arahan ko... terima kasih sekali lagi fikri...

aku harapkan, ko berjaya fikri walaupun aku tak tahu ko ade kat mane sekrag...

Buat pelajar2 aku, terimalah presiden yang bru... berilah dy peluang... jgn cepat ko bg gambarn yang negatif.. insha ALlah, aku akan tolong ko...

8.52pm, 18 November 2015, Taman Desa Teluk Panji, Kota Bharu, Kelantan

No comments:

Post a Comment