Monday 26 August 2013

Moto besor n Takaful

Assalamualaikum...
Baru2 ni, kita dikejutkan dengan kemalangan melibatkan bas di Genting Highland.. aku takdelah ikuti sgt perkembangan berita tu.. maybe tak menarik minat sebab xcden balik dari tempat cenggitu..

Bile teregt ttg genting ni, aku pernah ditanya satu soalan dari seorang Mamat moto besor... tktaulah besor mane moto nya... kot beso rumah, taktau la...

Beliau bertanya kepadaku...apakah hukum melanggan polisi insurans??? jawapan aku simple... HARAM.... sebab aku bkn maen bedal je kuar fatwa.. ni merupakan keputusan majlis fatwa kebangsaan.. leh rujuk laman web JAKIM.. aku malas nak cari n attachkan kat sini..better carik sndri la... nanti semua nak bersuap..hehehe

pastu beliau membalas.. beliau bgtau, beliau seorang yg BIKERS... moto besor (tp taktau la kan)... menyatakan pengendali Takaful tak sediakan perlindungan bagi perlumbaan... so tu yg mereka ambil insurans... so, adakah hukumnya still haram...?

aku perah otak gak nak menjawab.. tp aku jawab lebih kurang camni...
1. Adakah perlumbaan motosikal tersebut patuh syariah? (tak terlibat dengan arak)
2. Adakah hukum mengambil Takaful itu wajib?
3. Adakah satu kewajipan untuk terlibat di dalam perlumbaan?

bg persoalan 1.. syarikat Takaful tahu bahawa perlumbaan motosikal atau mana2 perlumbaan kebanyakkannya terlibat dengan arak, perjudian n mcm2 lagi.. maybe ini adalah satu alasan pihak Takaful utk tidak menawarkan kepada pelanggan..so kepada yg berniat nak lumba2 ni, fikir2kan lah... aku mengharapkan suatu hari nanti, ada penajaan di kalangan umat Islam utk taja perlumbaan yg benar2 patuh syariah...

persoalan kedua... Hukum mengambil Takaful tidak sampai ke tahap wajib.. aku taktau nak cakap tentang hukum tersebut sebab aku bkn keahlian utk menjatuhkan hukum.. tp pendapat aku semua org keadaannya berbeza.. ada yg boleh jatuh kepada hukum wajib sekiranya kerja risiko, seperti keje kat pelantar minyak ke... dan mempunyai tangungan.. maybe leh jatuh makruh sekiranya melanggan takaful, tp tak mampu nak sumbangkan duit setiap bulan... sebab hukum asalnya adalah harus... tp yg jelas hukum ambil insurans adalah haram.. maybe ada di kalangan mereka berpendapat maybe leh jd hukum harus utk ambil insurans sebab mereka takdapat melanggan dalam Takaful (pengendali Takaful tak sediakan polisi utk perlumbaan)...jawapannya adalah persoalan no 3.,...

adakah menjadi kewajipan untuk terlibat dalam perlumbaan??? wajib ke berlumba???? adakah sampai ke satu tahap darurat sekiranya tidak berlumba?? rasanya tidak.. sebab kita boleh elak daripada berlumba.. maybe ada yg cakap... kalau saya tak berlumba, nanti kerajaan rugi n bla bla bla.. aku rasa, kerajaan rugi atau kamu yg rugi??

so terpulanglah kepada kalian.. aku hanya meminta kamu berfikir.. kalau rasa nak ikot, silakan.. kalau rasa nak bangkang, teruskanlah...

tp mesti tertanya2.. apa kene mengena moto besar n genting...hahaha.. rasanya dah jauh pulak melalut..
kawan aku ni gak bertanya.. kami melanggan insurans sebab Takaful tak cover kalau berlaku apa2 di Genting..

aku bukan nak tembak dia dgn kata2ku yg tajam menikam.. tp berbalik kepada persoalan aku tadi.. apakah hukum kita ke genting???? tu boleh pk kan... tp beliau menjawab.. kami bukan berjudi kat sana.. kami menikmati keindahan alam n so on.... aku pulak menjawab... jelas kan.. apa yg keutamaan di genting tu....? adakah tempat yg dapat menikmati keindahan alam atau tempat utk keriangan???? adakah hanya genting sahaja tempat indah? tak cantik ke cameron highland???? maybe cherating? freser hill? bukit tinggi..bg aku cantik tempat2 ni lagi berbanding genting...

so, apa yg aku fikirkan, aku mengharap, kalau ada sesapa yg baca ni, kembali berfikir... adakah kita penuh dengan helah sehingga nak cari hujah supaya dapat memenuhi keperluan peribadi??? so.. fikirlah kome2....

Ok!!! Publish!

No comments:

Post a Comment