Saturday, 11 April 2015

Pembahagian Pusaka... camne ea nak bahagi

semua orang berpandangan... termasuklah aku pada awalnya..
untuk bahagikan pusaka.. kena bahagi ikot faraid..
tp sebenarnya, pandangan tu agak silap.. sebab ada beberapa kaedah yang lain..

pada asalnya, faraid ini boleh dibahagikan kepada dua..
1. faraid adalah menentukan waris-waris yang layak... maknanya, apabila seseorang meninggal dunia, maka melalui faraid, kita dapat kenal pasti mana2 waris-waris yang layak..
2. faraid juga menentukan hak-hak yang didapati oleh mereka... cthnya 1/2 kepada suami yang tidak ada anak.. gitulaa....

yang pertama tu, mmg kena ikotla.. sbb nak tahu siapa yang layak terima harta kita... yangh kedua tu hanyalah nak tahu kadar yang layak diterima..

tapi Islam juga membenarkan waris-waris yang bersetuju secara muafakat terdapat pembahagian pusaka... tak yah nak ikot faraid.. camne nak cakap ea.. aku bagi contoh la.. bgi senang nak faham

seseorang mati.. tinggalkan suami, sorang anak laki, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa..

so si suami akan dapat 1/4 dari harta
ibu dapat 1/6
dan anak laki dapat baki dari harta tersebut
adik beradik takkan dapat sebab terhadang oleh anak lelaki..

so dari situ kita tahu.. waris-waris yang layak.. kemudian, baru kita tengok berapa syer mereka.

dalam kes ini, kalau semua waris bersepakat untuk membahagikan hak mereka secara sama rata, adalah dibenarkan.. tapi kena pastikan semua setuju..
tapi camne kalau anak lelaki tak setuju.. senang je.. bahagian anak lelaki (baki selepas bahagian suami n ibu) ikotlah bahagiannya.. ibu n suami, boleh kongsi 1/2 and 1/2 atau berdasarkan persetujuan.. senang je kan

tp boleh gak.. terjadi melalui konsep takharruj..
di mana cthnya,, si ibu nak melepaskan haknya (takharruj)... maknanya, 1/6 dari hak ibu tu di mansuhkan.. itu pon kalau si ibu itu setuju.. tapi sanggup ke nak lepaskan.. hahaha.. yg tu no komen

begitulah secara ringkasnya.. nak tahu lebih lanjut..kena tnggu la ea paper aku keluar journal..

1.46am, 12/4/2015, Taman Desa Teluk Panji

Zakat oh zakat

Rasanya dalam beberapa bulan ke belakangan ni, konfem ada yang terbaca atau tertengok kartun yang menggambarkan betapa susahnya nak apply duit zakat. ramai berpendapat zakat susah nak mohon atas sebab karenah birokrasi.. mereka bandingkan dengan duit wakaf dari orang2 kristian yang dilihat lebih senang untuk dimohon...

aku pon berfikir.. mungkin ya, mungkin tidak.. ada pro n cons., sistem zakat yang Allah ciptakan adalah sempurna.. tp pelaksana nya adalah manusia.. manusia yang penuh dengan kekhilafan.. manusia yang tidak pernah sempurna.. pelaksanaannya mmg ada beberapa masalah..

masalah birokrasi tentang zakat ni mmg pernah terjadi kat aku sendiri.. time aku nak apply master dulu.. kemain susah nak apply.. zakat kat sebuah negeri yang agak kaya.. hanya untuk mendapatkan RM1,500... nilai tu nampak cam sikit.. tp kalau time blaja, RM1,500 tu sangat la tinggi.. aku tahu pon pusat zakat  tu ada bg agihan untuk pembelajaran tu pon kebetulan.. sbb heboh gak di kalangan kawan2 aku.. tp di kalangan diorang la.. diorang mane nak share dgn aku... aku rasa kengkawan aku ramai yang gitu.. suka sangat makan sorang n tak nak berkongsi dengan orang lain.. last2, tak ke mana pon.. takde lah diorang best sangat.. tp nak wat camne.. aku pon takdelah best sangat,

tak silap aku.. mmg banyak benda kena aku sediakan.. pendapatan mak ayah.. keluarga, adik beradik.. mmg seksa... rasa macam rugi pulak.. ke hulu ke hilir nak sediakan dokumen.. kena pulak dapatkan sain ketua kampung.. aduhai demi duit zakat..

time nak mintak, mcm2 ugutan yang dapat...berdosa la ... itu la .. ini la... tp time nak agihkan kemain susah.. camne lah umat Islam nak berkembang ekonominya..

tp kalau nak salahkan pusat zakat pon, aku rasa unfair.. bagi aku.. diorang ada tanggungjawab mereka sendiri.. mereka nak memastikan duit yang dibyar oleh orang ramai betul2 dapat kat orang yang selayaknya... tak nak dapat kat orang yang tak sepatutnya... tu yang macam2 yang diorang minta sediakan.. duit zakat adalah amanah Alah kepada umatnya untuk kita betul2 uruskan.. tak boleh salah guna.. berdosa besar kot kalau salah guna... maybe itu kot yang diorang fikir.. lagi satu, badan2 zakat ni dipimpin oleh kerajaan negeri.. so diorang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,, cthnya, kerajaan negeri mewajibkan agensinya utk melakukan sesuatu perkara, maka pusat2 zakat pon akan terlibat gak..

 maybe salah satu pandangan aku, berdasarkan apa yang aku nampak.. kebanyakan yang uruskan zakat ni ustat2 yang lembab dan tak berdaya saing.. cukuplah apa yang aku nampak kat negeri aku.. blik2 orang yang same je kat pusat zakat tu.. tak berkembang.. belajar usuluddin tapi jd pengurus zakat.. bagi aku, mungkin pengalaman yang memisahkan ... kalau berpengalaman ok lah.. tp rasanya, bagilah jawatan tu kepada budak2 yang amek Islamic management.. kesian gak la kat diorang.. susah nak masuk badan2 agama dalam kerajaan... seolah2 badan ini hanya diwakili oleh golongan agamawan yang kurang berdaya saing.

rasanya sampai kat sini shj la kot apa yang aku rasa nak tulis.
aku rasa mcm nak menulis lagi pasni.. ngah kumpul idea n buat peta minda.. hahaha

1.18am, 12 April 2015
Taman Desa Teluk Panji, Kota Bharu, Kelantan

Friday, 28 November 2014

Indahnya konvo... tp....?

Assalamualaikum

skrg musim konvo.. kat mane2 pon skrg konvo...rasanya semua u sedang konvo..
so penuh la kat fb, insta, twit n blog... semua cerita psl konvo.. indahnya konvo... semua hidup, mungkin akan ada sekali je konvo.. sebab blaja sampai degree... kalau ade diploma, maybe dalam 2x.. kalau ada master dah 3x... alhamdulillah, aku dah konvo 3x...

1st konvo aku, time aku diploma kat DQ....  time aku p konvo tu, hanya ada mama n along je.. tu je yg dtg konvo aku.. aku rasa sgt sedih.. abah, angah, adik, semua tak datang.. walaupun time tu, aku dapat anugerah menteri di jabatan perdana menteri... walaupun aku bukan graduan yg terbaik.. tp antara terbaik la jugak.. ade mane tah gambar tu... rasanya tinggal satu je gmbar tu... tu pon gmbr kat dinding rumh... mmg sedih kot.. aku egt time tu, aku turun bus dari kedah, mama n along jemput aku kat seremban, pastu, terus ke kuala kubu baru.. aku dok kt asrama DQ tu, mama n along kat sungai buaya... rumah sewa along aku... time tu, aku masih tak rasa betapa best nya konvo.. maybe sebab aku rasa kosong sebab family aku ramai tak datang... kawan2 semua dah p mesir.. alah.. mereka pon, bukan nak ngaku aku kawan dy.. nk wat cmne..

pastu, aku konvo kt degree... indahnya konvo degree aku.... sangat indah... sebab semua ahli keluarga aku turun.. walaupun tak sama sidang... alhamdulillah... degree aku ... aku dapat 2 pingat emas.. pingat emas bank rakyat dan pingat emas naib canselor... hihihi... sidang pertama, yang masuk dewan, kak long, abg ipar, anak2 buah aku dan adik aku... happy sangat2.. gambar aku ada dalam buku konvo... cuma time tu, mmg aku sangat penat.. aku time tu, konvo ari sabtu, aku gerak ke kedah pukul 7 malam, sampai kat kedah pukul 12 malam.. aku bawak viva je time tu.. tp mmg aku speed terus spnjg perjalanan.. mmg laju... maybe sbb aku tkot penat kot...aku kena sampai uum cepat nak gunting rambut.. nak cari kot utk konvo... smpai je uum, aku tumpang bilik member aku.. si penyu topek.. hahaha.. unik kan nama tu... maka berlangsungla konvo aku.. 2x sidang
hari sabtu dan hari isnin... hari isnin, abah, angah dan nenek aku datang.. mau nya tak hepi.. mereka bangga dengan kejayaan aku time tu.. alhamdulillah.. aku rasa sangat hepi... aku simpan lagi pingat emas tu sehingga skrg... pas konvo, benda yg aku kesalkan, takde pon gmbr reramai dengan coursemate aku... sbb pas je sidang, memasing ilang... huhu.. bersama dengan sedara mara masing2...
pas je sidang aku, aku terus balik ke UKM, sbb esoknya tu, aku kelas master...

time aku master pulak, aku tgh sambung phd... nasib baik kat universiti yang sama... senang je nk uruskan.. maybe sebab aku dah biasa kt ukm.. cuma tak sebest degree la konvo ukm aku.. sbb kengkawan tk berapa ramai.. berbanding di UUM.. tp ntah la... alhamdulillah ...

tp bukan itu yang aku nak ceritakan.. tp aku nak ceritakan betapa hinanya graduan kita ... malah digambarkan oleh tun mahathir dalam buku dia.. doctor in house...

graduan bangga beramai2 bergambar sesama mereka.. sedangkan mereka tak dapat pon pekerjaan selepas mereka habis belaja... sedih gak aku... terutama nya dalam bidang sastera... berbanding budak2  sains... ntahlah.. bg aku ade benarnya.. bebudak sains akan diberi keutamaan di dalam pasaran kerja.. skrg ni,, bebudak yang amik BBA,( bisnes admin).. ade berapa ramai.. dulu time aku konvo, bdk2 BBA ni dah hampir 1000 orang.. ramai gile.. sangat ramai.. so persaingan sangat hebat...bygkan stiap thun... 1000 orang bebudak BBA keluar.. mane diorg nak pergi??? keje mane? tp kalau wat bisnes sendiri..sangat bagus... tp berapa ramai.. aku pon tak berani nak wat bisnes sendiri... walaupun skrg byk kemudahan pinjaman.. tp setakat mana... bayangkan.. mula2 konvo, dah ade utang ptptn 28k... byk tu,,,, pastu, wat pinjaman perniagaan.... aku tak rasa perkara itu produktif unless bisnes tu mmg betul2 boleh pergi...

aku tgk ada seorang kawan aku ni... dy degree, takde pinjaman sbb dapat scholarship companya sbb CSR.. mmg otak bisnes.. abes degree pon, sambung master, pakai duit bisnes dy,,, takde pon guna pinjaman.. semua bergolok gadai sebab taknak wat pinjaman... bg aku, tu adalah satu perkara yang bagus,,, melepaskan kerugiaan pada masa kini, untuk keuntungan di masa akan datang.. skrg ni, aku rasa bangga dengan pencapaian kawan aku tu.. dy ada bisnes sendri,.. ade produk dy sendiri .. susu kambing lennoza.. kalau dy baca posting ak ni.. aku ingin ucapkan... aku bangga dengan ko...

aku pulak masih dalam dunia akademik.. pada mulanya aku egtkan dunia ini suci... tapi ... mcm xxxx... aku rasa mcm dah givap.. tp aku fikirkan anak dan bini aku nak makan apa... aku perlu teruskan.. aku perlu berani...

ye aku perlu berani.. n aku takkan berundur dalam apa jua keadaan...

aku rasa, sampai sini jelah kot..

sekian, terima kasih

1.00am, 29/11/2014, Taman Teluk Desa Panji, Kota Bharu, Kelantan