Saturday 11 April 2015

Pembahagian Pusaka... camne ea nak bahagi

semua orang berpandangan... termasuklah aku pada awalnya..
untuk bahagikan pusaka.. kena bahagi ikot faraid..
tp sebenarnya, pandangan tu agak silap.. sebab ada beberapa kaedah yang lain..

pada asalnya, faraid ini boleh dibahagikan kepada dua..
1. faraid adalah menentukan waris-waris yang layak... maknanya, apabila seseorang meninggal dunia, maka melalui faraid, kita dapat kenal pasti mana2 waris-waris yang layak..
2. faraid juga menentukan hak-hak yang didapati oleh mereka... cthnya 1/2 kepada suami yang tidak ada anak.. gitulaa....

yang pertama tu, mmg kena ikotla.. sbb nak tahu siapa yang layak terima harta kita... yangh kedua tu hanyalah nak tahu kadar yang layak diterima..

tapi Islam juga membenarkan waris-waris yang bersetuju secara muafakat terdapat pembahagian pusaka... tak yah nak ikot faraid.. camne nak cakap ea.. aku bagi contoh la.. bgi senang nak faham

seseorang mati.. tinggalkan suami, sorang anak laki, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa..

so si suami akan dapat 1/4 dari harta
ibu dapat 1/6
dan anak laki dapat baki dari harta tersebut
adik beradik takkan dapat sebab terhadang oleh anak lelaki..

so dari situ kita tahu.. waris-waris yang layak.. kemudian, baru kita tengok berapa syer mereka.

dalam kes ini, kalau semua waris bersepakat untuk membahagikan hak mereka secara sama rata, adalah dibenarkan.. tapi kena pastikan semua setuju..
tapi camne kalau anak lelaki tak setuju.. senang je.. bahagian anak lelaki (baki selepas bahagian suami n ibu) ikotlah bahagiannya.. ibu n suami, boleh kongsi 1/2 and 1/2 atau berdasarkan persetujuan.. senang je kan

tp boleh gak.. terjadi melalui konsep takharruj..
di mana cthnya,, si ibu nak melepaskan haknya (takharruj)... maknanya, 1/6 dari hak ibu tu di mansuhkan.. itu pon kalau si ibu itu setuju.. tapi sanggup ke nak lepaskan.. hahaha.. yg tu no komen

begitulah secara ringkasnya.. nak tahu lebih lanjut..kena tnggu la ea paper aku keluar journal..

1.46am, 12/4/2015, Taman Desa Teluk Panji

No comments:

Post a Comment