Thursday, 16 October 2014

Harta orang, watpe nak p sibukkan (part 2) ????

Assalamualaikum..
berbalik kepada cerita ayah cik aku tu..
ayah ude aku meninggal, waris yang ada hanyalah mak ude aku memandangkan nenek dan tokki aku dah meninggal.. arwah pon hanya ada anak angkat je..so, dari sudut pembahagian faraid, maka warisnya adalah isteri dan adik beradik arwah.. adik beradik dapat harta arwah sebabkan beliau takde anak dan nenek n tokki dah takde... adik beradik pulak ada dalam 11 orang.. bayangkan.. mak ude aku kena dapatkan 11 IC dan tanda tangan bagi menuntut harta pusaka tu.

arwah ni ade meninggalkan harta dalam bentuk rumah, simpanan dan kereta..
maka semua adik beradik arwah dan isteri arwah berhak kepada harta-harta arwah di atas.

aku tak nak cerita pasal simpanan dan kereta.. sebab harta itu harta yang susut nilai.. berbanding rumah..

ayah cik aku plan untuk semua adik beradik ada hak kepada rumah arwah. kalau boleh nak dijadikan wakaf.. supaya adik beradik lain senang nak datang.. so boleh tak bayang kan... sebiji rumah, ade 12 orang nama.. padahal rumah tu, bukanlah besar sangat... setingkat dan ade 3 buah bilik.. serius bagi aku takdelah besar sangat...

aku pon asalnya membantah la... kenapa tak lepaskan sahaja hak adik beradik tu kepada mak ude.. menggunakan prinsip takharruj. prinsip ni boleh dikatakan sebagai prinsip melepaskan hak faraid kite dan menjadikan seolah-olah2 kita takde dalam senarai faraid.. ade 3 cara prinsip ini.. tapi aku malas nak terangkan detail.. tapi bantahan aku dah dibantah dengan nada yang agak keras.. ayah cik aku bertegas bgtau yang dia dan adik beradik taknak harta tu dapat kat mak ude seorang.. sebab kalau mak ude aku ninggal, so rumah yang ayah ude aku beli, akan menjadi milik keluarga mak ude aku di Klang..

Dalam ati aku...... "harta orang, watpe nak sibuk2"

just pandangan aku... sepatutnya, adik beradik arwah ayah ude aku sepatutnya berpakat, biarlah rumah tu jadi milik mak ude seorang... sebab itukan peninggalan suami dy.. kesian lah kat dia.. biar jelah kalau rumah tu dapat kat keluarga kat Klang sekalipun... sebab bukan duit kita pon..kita hidup ni bukan selama-lamanya.. hujah beliau yang menyatakan senang anak cucu di masa akan datang sebab ade rumah, aku sangat tak setuju.. mmg aku sangat tak setuju... sangat tidak setuju.. aku merasakan keluarga arwah ayah ude tak patut buat gitu.. bukannya semua takde rumah sendiri.. kalau dapat kat mak ude pon, dy tetap mak ude kita.. walaupun kalau dy ninggal, akan dapat kat keluarga klang..

satu lagi, pandangan aku, kalau ade 12 orang nama dalam rumah tu... buat yang ninggal tu bukan mak ude, tapi adik beradik yang lain.. contohnya yang ninggal ialah xxxx (salah seorang dari adik beradik ayah ude tu.)... so harta tersebut akan jadi milik anak2 arwah... bayangkan kalau beliau ade 4 orang anak.. so, rumah tu akan ade 15 nama.. so nanti akan bertambah nama dalam rumah tu.. tak ke rumah tu tak jadi produktif..

tu sebablah orang ade cakap, hukum faraid ni menyebabkan orang berpecah belah.. namun bagi aku bukan hukum faraid, tapi sikap orang.. bile sebut harta, semua celik mata.. cayo la cakap den..Islam ada alternatif yang lain.. contohnya takharruj tu.. prinsip tu boleh digunakan khususnya utk mengelakkan harta tersebut jadi tak produktif..

aku susah nak cakap dengan orang tua...diorang bukan nak faham.. bukan nak mengalah.. same je.. pandangan aku di tong sampahkan.. diorang egt diorang power sangat ke pengurusa pusaka.. aku takde la expert.. tp aku lebih memikirkan untuk jangka masa yang panjang.. so aku mengharapkan, sesapa yang baca apa yang aku nukilkan ni, egtkanlah.. kita perlu permudahkan urusan orang lain.. jangan kita serabutkan...

aku memikirkan, kesian dekat arwah ayah ude aku tu... rumah yang sepatutnya dapat kat isteri dan anak angkat dy, dapat kat adik beradik atas sikap tak nak mengalah adik beradik dy.. n cadangan aku, kalau arwah ayah ude aku masih hidup, sepatutnya membuat hibah atau pindahmilik semasa hidup.. mmg cam ade risiko... sebab kalau tak wat masa masih sihat, n wat time sakit, silap2 pemberian tersebut dikira sebagai hibah mardatul mawut (sakit yang menghampiri mati).. so tertakluk kepada prinsip2 asas wasiat iaitu takleh kepada waris, dan hanya 1/3 sahaja...

aku taknaklah kira faraid bagi arwah.. tp aku boleh bayang, semuakan akan berhak pada jumlah yang kecik..dan jumlah tersebut akan jadi lebih berkurang apabila berlaku kematian salah seorang daripada 12 orang tersebut... argh!!!! gilalah.... rumah kecik sampai ada 30 orang nama... susahnya..

tu jela ngomelan aku... aku rasa macam ade banyak benda yang boleh bahaskan lagi.. tapi itu kalau aku bercakap.. kalau aku menulis ni, dy akan jadi lambat sikit.. heheheh

Sekian, terima kasih,

17 Oktober 2014, 12.06am

Saturday, 27 September 2014

Harta orang, watpe nak p sibukkan (part 1) ????

Assalamualaikum w.b.t

baru2 ni, aku pergi ke UiTM Tapah. Dari Kota Bharu, aku hala ke Gua Musang, pastu naik ke Lojing, Terus ke cameron highland.. dari cameron highland, aku turun ke tapah.. sampai je kat UiTM tu, ada student yang sambut aku.. layan aku macam VVIP pulak.. wat malu plak aku...tujuan aku p ke sana sebab jemputan sebagai ahli panel.. utk membicarakan tentang pengurusan dan perancangan pusaka.. lame betul aku tak bercakap tentang pusaka... duduk UMK, balik2 cte pasal CLO CLO CLO CLO... tu jela.. aku minat untuk menulis dan bercakap.. bukan wat benda2 gitu.. pening dah... menjadi ahli panel time program tu membuatkan aku betul2 lepas geram.... mmg abes aku celoteh.. hihih.. macam2 soalan yang aku dapati.. sangat menarik... tp maybe aku dah lame tak cite pasal pusaka, aku jadi lambat panas...

lepas je abes program tu, aku terus ke kuantan pulak.. sepupu aku kawen... kat perkampungan cenderawasih.. bukit setongkol.. sampai je kuantan, aku rasa mcm sangat lembik..penat sangat kot berjalan.. .

keesokan harinya, bermulalah majlis kenduri kawen tu.. aku takdelah rasa nak menolong sangat.. sebab aku dah lembik.. pastu ramai dah sepupu sepapat aku balik.. ade gk yg aku tak pernah jumpa.. ade yg aku tengok dah berubah.. dulu bertudung, sekarang dah berbogel (baju tak cukup kain).. dy egt dy seksi tu, dy cantek??

abes je majlis, nak balik kelantan dah.. esok nak keje.. tp sebelum aku balik, mama bgtau, pakcik aku nak tumpang sampai ke kelantan.. mmg aku dah ajak dah pakcik@ayah cik aku balik.. sebelum kami balik tu, mokde (isteri kepada arwah ayah ude aku) mintak salinan IC ayah cik aku.., aku dah dapat rasa dah tujuan diambil salinan IC ayah cik aku tu.. tp aku diam jela.. malas nak ambil tahu hal orang2 tua..

puas gak kami cari kedai potostet sekitar perkampungan tu.. tp semua tutup je.. last2, kami terus balik kelantan.. asalnya ayah cik, taknak langsung bagi salinan IC dy.. pastu aku tanya kenapa.. ayah cik aku cakap, mokde nak uruskan harta pusaka ayah ude aku.. barulah aku tahu.. aku pesanlah kepada ayah cik tu, supaya bagi jela salinan IC tu.. pastu, dy cakap, nanti dy pos la.. aku taktaulah betul ke tak dy pos salinan ic dye tu..

aku bgtau ayah cik aku.. bg jela IC tu sebab pada dasarnya, mokde aku takleh wat apa2 pon lagi,,. salinan IC tu hanya diperlukan bagi tujuan untuk memulakan proses tuntutan pusaka di pejabat tanah atau ARB.. tp aku rasa kat pejabat tanah la kot sebab mmg bidang kuasa pejabat tanah..

pastu, bermulalah aku berbahas dengan ayah cik aku.... jeng2.....

bersambung.. aku dah ngantuk,...

1.50am, 28 September 2014

Sunday, 1 December 2013

Aku dan UPSR

tgk gmbr budak2 amek result UPSR tetibe mengingatkan aku pada beberapa teman sekolah rendah aku dulu. semoga cerita aku ni menjadi iktibar kepada adik2 (maybe sesuai anak2 kot) utk meneruskan azam dan usaha utk menuntut ilmu. mungkin cerita ni ade sikit2 unsur israiliyyat disebabkan fakta2 telah banyk lupa memandangkan cerita ni dah terjadi hampir 15 tahun.... hehehe
pada tarikh yg mungkin hampir sama pada tahun 1998, result UPSR keluar... ramaila kengkawan yg dapat 5A, 4A dll.dan hanya seorang sahaja dak kelas aku dapat 1A..populasi kelas aku lebih kurang 50 satu kelas, tapi cerita aku ni aku amek sampel berstrata iaitu hanya 2 orang. cerita ini merupakan satu cerita melalui comparative analysis... dlm reramai yg dapat 5A, aku memilih satu sampel (seorang la) yang aku namakan beliau sebagai A (bukan nama sebenar) dalam cerita ni..dan yg seorang yg dapat 1A (sebab dia seorang je dapat 1A) yang aku namakan beliau sebagai S (bukan nama sebenar) untuk dibuat perbandingan...

Si A telah mendapat tawaran masuk ke sebuah sekolah sains, manakala si S hanya dapat masuk sebuah sekolah menengah rendah agama (SMRA) yg terletak di antara Pekan Pilah n Juasseh (da tutup pon sekolah ni)...
apabila si A masuk sekolah tersbut, beliau telah berhenti belajar di situ (atas sebab apa, hanya beliau shj yg tahu) semasa tingkatan 1 dan masuk ke sekolah menengah biasa. manakala si S meneruskan sekolah di SMRA tersebut..

Tiga tahun kemudian result PMR pun keluar. ditakdirkan si A dapat 7A (kalau tak silap), manakala si S dapat 4A (pun kalau tak silap gak)... si A dapat masuk sekolah asrama penuh, manakala si S dapat masuk sebuah sekolah sains agama di Kuala Pilah... namun si A tidak dapat meneruskan sekolahnya di sekolah asrama penuh tersebut dan kembali bersekolah di tempat asalnya (atas sebab2 yg takdapat diceritakan)...

suasana telah berubah... masa terus berlalu... maka si S terus berjuang untuk membuktikan beliau mampu sedangkan si A start keluar malam berpeleseran dan mula melupakan perjuangan untuk SPM....
Akhirnya keluar result SPM... si A dapat 4A (kalau tak silap (Banyak pulak tak silap)), manakala si S dapat 7A... sedangkan si S ambil subjek lagi banyak dari si A..

masa itu berubah dan mengubahkan...??? mcm betul je.. mcam betul je...

maka bermulalah cerita pengajian tinggi pula...
ditakdirkan si A dapat masuk ke salah sebuah matriks. manakala si S dapat masuk di sebuah universiti yang perlu amek korsos asas bahasa inggeris...

sewaktu di matriks, si A tidak menghabiskan pelajarannya di matriks (atas sebab apa, taknak gtau)... kemudian si A masuk pula UiTM... namun tetap mengalami masalah yg sama iaitu tak abes belajar.. setelah beberapa tahun (atau bulan), beliau diterima masuk belajar di Kolej Perubatan untuk ambil diploma (bidang apa, bidang perubatanlah) untuk membolehkan beliau menjadi medical assistant...maka akhirnya jadilah beliau kini seorang medical assistant... tamat cerita si A...

manakala si S pula, mengambil jurusan sarjana muda bioteknologi (kalau tak silaplah) dan kini beliau sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di sebuah universiti di Serdang...

yang menariknya dulu, si S ni paling teruk bahasa inggeris, tapi atas usaha beliau, konfem skrg beliau lagi mantap bahasa inggeris dari kawan2 yg seangkatan dengan beliau dlu...

Buat A, aku doakan ko terus berjaya dalam bidang ko ceburi.. aku syg kawan2 aku...aku nak sangat2 ko berjaya macam ko buat waktu zaman persekolahan ko...

Buat S, aku doakan ko terus berjaya gak.. semoga pengalaman ko, jd pengajaran buat adik2 (anak2)...

cewah.....
moral of the story, jika adik2 (anak2) yg dapat 5A, teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu.... bagi adik2 (anak2) yang tak dapat 5A, bukan bermaksud anda gagal, tapi ia memberi ruang kepada anda utk terus berusaha memajukan diri...
*cerita ini maybe perlu ditapis sekiranya terdapat salah tafsir di kalngan sahabat2 yg maybe mengenali salah seorang atau kedua-dua orang ini...
Sekiranya kalian rasa cerita ni perlu aku remove, aku rela hati utk meremovenya..
sekian, trimas

Si A telah mendapat tawaran masuk ke sebuah sekolah sains, manakala si S hanya dapat masuk sebuah sekolah menengah rendah agama (SMRA) yg terletak di antara Pekan Pilah n Juasseh (da tutup pon sekolah ni)... apabila si A masuk sekolah tersbut, beliau telah berhenti belajar di situ (atas sebab apa, hanya beliau shj yg tahu) semasa tingkatan 1 dan masuk ke sekolah menengah biasa. manakala si S meneruskan sekolah di SMRA tersebut.. 
Tiga tahun kemudian result PMR pun keluar. ditakdirkan si A dapat 7A (kalau tak silap), manakala si S dapat 4A (pun kalau tak silap gak)... si A dapat masuk sekolah asrama penuh, manakala si S dapat masuk sebuah sekolah sains agama di Kuala Pilah... namun si A tidak dapat meneruskan sekolahnya di sekolah asrama penuh tersebut dan kembali bersekolah di tempat asalnya (atas sebab2 yg takdapat diceritakan)...
suasana telah berubah... masa terus berlalu... maka si S terus berjuang untuk membuktikan beliau mampu sedangkan si A start keluar malam berpeleseran dan mula melupakan perjuangan untuk SPM....Akhirnya keluar result SPM... si A dapat 4A (kalau tak silap (Banyak pulak tak silap)), manakala si S dapat 7A... sedangkan si S ambil subjek lagi banyak dari si A..
masa itu berubah dan mengubahkan...??? mcm betul je.. mcam betul je...
maka bermulalah cerita pengajian tinggi pula...ditakdirkan si A dapat masuk ke salah sebuah matriks. manakala si S dapat masuk di sebuah universiti yang perlu amek korsos asas bahasa inggeris...
sewaktu di matriks, si A tidak menghabiskan pelajarannya di matriks (atas sebab apa, taknak gtau)... kemudian si A masuk pula UiTM... namun tetap mengalami masalah yg sama iaitu tak abes belajar.. setelah beberapa tahun (atau bulan), beliau diterima masuk belajar di Kolej Perubatan untuk ambil diploma (bidang apa, bidang perubatanlah) untuk membolehkan beliau menjadi medical assistant...maka akhirnya jadilah beliau kini seorang medical assistant... tamat cerita si A...
manakala si S pula, mengambil jurusan sarjana muda bioteknologi (kalau tak silaplah) dan kini beliau sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di sebuah universiti di Serdang... 
yang menariknya dulu, si S ni paling teruk bahasa inggeris, tapi atas usaha beliau, konfem skrg beliau lagi mantap bahasa inggeris dari kawan2 yg seangkatan dengan beliau dlu...
Buat A, aku doakan ko terus berjaya dalam bidang ko ceburi.. aku syg kawan2 aku...aku nak sangat2 ko berjaya macam ko buat waktu zaman persekolahan ko...
Buat S, aku doakan ko terus berjaya gak.. semoga pengalaman ko, jd pengajaran buat adik2 (anak2)... 
cewah.....moral of the story, jika adik2 (anak2) yg dapat 5A, teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu.... bagi adik2 (anak2) yang tak dapat 5A, bukan bermaksud anda gagal, tapi ia memberi ruang kepada anda utk terus berusaha memajukan diri...*cerita ini maybe perlu ditapis sekiranya terdapat salah tafsir di kalngan sahabat2 yg maybe mengenali salah seorang atau kedua-dua orang ini... Sekiranya kalian rasa cerita ni perlu aku remove, aku rela hati utk meremovenya..sekian, trimas