Tuesday 25 November 2014

Apabila orang Melayu kaya.......!

"en.saya benci orang melayu kaya....."
aku terkejut dgn kenyataan tu.. dari student aku.. kenapa? takleh ke orang Melayu kaya.. kan bagus orang melayu kaya.. apa masalahnya...?

ok... aku cuba membuka minda aku untuk berhujah dan berbahas, tp aku nak dgr pandangan dy..

"ok, en. bayangkan, kalau orang Melayu kaya, sapa yang dy akan pijak.. jadi kuli batak dy? sape pengikut dy??"

tersentak aku..... tetiba aku teregt yg aku kena jaga seseorang VVIP utk konvokesyen sebuah Universiti... aku kena panggil dy Tan Sri Dato' Seri sbb dy ada kedua-dua gelaran tu.. mmg orang hebat.. dy GM atau Pemilik sebuah syarikat yang besar... tkyh sebut la.. rasanya ramai yang kenal... menantu seorang bekas ahli  politik... aku kena layan cam raja.. kena wat tu kena wat ni..nak tunjuk jalan pon kena ada cara.. jalan kaki belakang 2 langkah.. dah mcm MACAI pulak aku... mmg la.. dy kaya.. penerima anugerah apa tah.. kirenya terhormatlah.. aku rasa orang melayu suka kot gitu.. dy suka bangsa dy angkat dy macam raja.. tapi hakikatnya, meMACAIkan bangsa sendiri.. tu just pandangan aku.. hampir sama dengan pandangan student aku.. nampaknya, student aku mampu mempengaruhi aku...

aku cuba kaitkan dengan sejarah... tentang golongan bangsawan bangsa melayu... pernah aku terbaca... bangsawan dulu menentang penjajah sebab kuasa yang mereka ada dikurangkan dengan kedatangan residen2 daripada inggeris.. tp bukan untuk mempertahankan tanah air.. lebih kepada untuk melindungi atau untuk kepentingan diri sendiri.. so pengikut2nya yang kaki bodek yang sanggup buat apa sahaja untuk bangsawan tersebut...

aku rasa perkara itu berkait.. tp taktau la betul ke tak...tp aku rasa ada betulnya....

aku tetiba rasa macam meluat... bila orang melayu kaya, bukannya nak tolong melayu lain berjaya.. kerjanya nak naik terus melangit, sedangkan macai2 dy dipijak... aku rasa berlainan dengan bangsa lain... apabila mereka berjaya, mereka akan cuba membangunkan bangsa mereka... aku rasa camtu la.. sebab aku tahu... semua ni bangsa aku..

tak salah kalau mereka kaya.. aku tak pernah halang diorang jadi kaya... tp takyah la jadikan bangsa mereka sendiri menjadi MACAI... geli lah aku... aku sangat benci orang melayu sikap gitu.. tapi tak semua.. aku respek gak orang kaya2 Kelantan... mereka sangat humble.. serius.. mereka sangat humble.. suka menderma... takde nak angkat melangit.. pakai kopiah buruk... selipar jepun.. ajak minum teh.. takde pon nak kerek... so apabila kaya, janganlah hidung tinggi melangit, tapi rendahkanlah diri sama seperti org dibumi...

aku rasa sampai sini jela.. aku harap ada orang membaca apa yang aku tulis.. tp takyah la kot share.. aku pulak kena kecam.. hahaha...

sekian, terima kasih!!!

Peace yaw

No comments:

Post a Comment