Friday 19 October 2012

Patuh Syariah vs Asas Syariah

Pada masa kini, kita lihat perbankan Islam seolah2 meniru sistem perbankan konvensional...
jika dilihat dari sudut luarannya, memang jelas perbankan Islam seperti meniru perbankan konvensional...
soalan ini banyak kali orang tanya aku...betul ke camtu....
so apa beza perbankan Islam dengan konvensional....
soalan ni mmg nampak cam senang nak jawab...
perbankan islam lebih adil lah, takde riba la, takde gharar la...
adakah anda yakin dgn jwpn tersebut.?
dlm konvensional ade riba sebab berasaskan kadar bunga atau interest yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan di dalam sistem perbankan konvensional... kadar bunga atau interest ini berdasarkan BLR atau Base Lending Rate (nak lebih tepat sila rujuk laman web Bank Negara)
kalau perbankan islam pulak berdasarkan BFR (Base financing rate)
aku pernah terbaca bahawa kedua-dua rate ini mempunyai kadar turun naik yang hampir sama...
cuma dilihat berbeza dari segi terma... sedangkan kadar bunga ini ditentukan dengan keadaan ekonomi...perbankan Islam menggunakan terma financing berasaskan kepada keuntungan atau profit.. bank konvensional gunakan terma pinjaman berasaskan kepada bunga...
kalau ini dijadikan ukuran untuk menyatakan bahawa perbankan Islam sama seperti perbankan konvensional, dilihat hujah berkenaan dilihat kurang tepat...  penggunaan BFR lebih menguntungkan kepada pelanggan yg menggunakan perkhidmatan perbankan Islam (lihat www.zaharuddin.net utk maklumat lebih jelas)..
namun perkara paling utama dalam sesuatu transaksi perbankan Islam ialah akad.... saya ulang skali lagi akad....
bagi sy, itulah perkara asas yang membezakan pinjaman perbankan konvensional dan pembiayaan perbankan Islam...
ok fine...kalau itu pon menjadi persoalan...
maka tulisan aku mencadangkan satu pembangunan teori baru iaitu institusi kewangan Islam yang berasaskan Syariah...
atau SYARIAH BASE
ade jelas perbezaan syariah base dengan syariah compliant...
ape bezanya,??/ syariah compliant pada masa sekarang dilihat hanya menjadi produk2 kewangan konvensional sebagai asas, tetapi melakukan islamisasi atau mengislamkan produk2 tu...
apa maksud mengIslamkan produk2 konvensional,??? hanya secara luaran sahaja yang Islam...tp dalaman, masih berteraskan konsep konvensional....
namun................ syariah base adalah berasaskan syariah... pembangunan suatu kontrak kewangan Islam yang berasaskan syariah....tidak menjadikan produk kewangan konvensional sebagai asas....
tp bagaimana nak laksanakan?? hanya satu cara, iaitu kembali kepada Al-Quran dan Hadith...
jika kita lihat dari segi praktisnya, perbankan Islam sama seperti perbankan konvensional iaitu untuk mendapatkan keuntungan dan saling bersaingan utk terus kukuh di dalam industri kewangan di Malaysia...
padahal sepatutnya, perbankan Islam atau institusi kewangan Islam tidak sepatutnya menumpukan kepada keuntungan dunia, tapi keuntungan akhirat.....tp kalau tak pk keuntungan dunia, perbankan Islam tak amek untung, sape pulak nak byar gaji pekerja...tkkn duit turun dari langit...tp tak mustahil perbankan Islam akan dibentuk dalam rangka kerja yang baru di mana, tidak berteraskan keuntungan...tp lebih berteraskan membantu umat Islam.....
dari segi persaingan, ada desas-desus menyatakan perbankan Islam perlu bersaing dengan konvensional...aku mmg cukup2 tak setuju dengan kenyataan ini...
seharusnya perbankan Islam tidak perlu bersaing dengan konvensional dari segi produk....sebab perbankan islam mempunyai market value tersendiri...dipayungi oleh akidah umat Islam,.... seharusnya perbankan Islam lebih mengutamakan maslahah ummah berbanding bersaing dengan perbankn konvensional...
oleh itu, dengan jelas aku mencadangkan perlu wujudkan satu bidang kuasa untuk membangunkan satu institusi kewangan yang berasaskan syariah...bukan patuh syariah...

wallahua'lam.....

No comments:

Post a Comment