Thursday 7 May 2020

Kenangan meredah Narathiwat dan Pattani siri 1

Aku teringat, 2 tahun lepas.

Aku, mat syabu, akim dan boncai meredah selatan Thailand.

Aku cerita kan dari awal perjalanan an. 

Aku sampai di CIQ Rantau Panjang nak cek passport. Kalau hari kerja, memang tak ramai. Aku pergi hari kerja. Memang lengang. Memang waktu tu, aku sedang bercuti. Tak boleh ke luar negara tanpa Izin kerajaan. Hanya untuk penjawat awam. 

Sampai di CIQ sungai golok, kami cop passport. Kemudian uruskan insurans Dan kebenaran untuk bawa kenderaan persendirian masuk. Agak leceh kalau kereta tu bukan nama sendiri. Aku kena buat surat, lepas tu kena minta kebenaran owner. Tapi pada hari tu, aku memang bawa surat. Sampai kat bahagian insurans tu, lepas. Dia bagi satu surat. Dia cakap suruh aku pergi ke bahagian kereta. Nak kena cop. Ada satu cop warna merah. Petak besar. Kena sign pegawai. Aku tak pergi pun. Aku tak faham sebenarnya apa orang tu cakap. Aku pun selamber badak la pergi ke kereta dan lalu imigresen. Lepas. Macam tak cek pun.

Maka, bermula lah perjalanan nak ke narathiwat. Keluar je CIQ sungai golok tu, dah ada askar tunggu. Dahsyat. Aku tertanya2 kenapa perlu ada askar. Nak takut apa? Pemberontak? Pejuang kemerdekaan selatan Thailand?

Takpe lah. Aku nak pergi sebuah pondok di Narathiwat. Pondok tu ada simpan khazanah dan kitab2 Melayu lama. Pondok Ahmadiyyah.

Maka, pengalaman ni boleh jadi panduan kepada sesiapa yang berminat untuk pergi ke sana. 

Melalut pula. 

Lepas je askar tu. Aku terus je lalu pekan sungai golok. Tak singgah pun. Aku bukan ada duit Thailand. Ada duit Malaysia je. Memang mereka terima duit RM. Tapi aku dengar macam mahal kalau pakai RM. Aku terlupa nak tukar.

Tapi sebenarnya aku memang akan ada masalah.

1. Aku terlupa nak tukar duit thailand
2. Aku langsung tak tau jalan nak ke sana. Hanya tahu nama tempat dalam bahasa melayu. Pondok Ahmadiyah, wakaf anak ayam, Jeringa, Narathiwat. 

So nak tak nak kena Tanya orang. Keluar je dari pekan golok, ada sebuah sekolah agama (madrasah). Masalah pertama timbul. Diorang dah tak boleh cakap melayu. Tanya guard tu, dia takleh cakap melayu. Aku cakap, aku nak jumpa ustaz dalam sekolah tu. Kebetulan ada ustaz yang lalu. Aku terus Tanya macam mana kat ke pondok tu.

Dia cakap mudah sahaja.... 

Jeng2... Akan bersambung.... 

Tak tau bila


Monday 27 April 2020

Jalan masuk ke selatan Thailand (Tak Bai Dan Sungai Golok)

Assalamualaikum

Aku nak cerita tentang pengalaman aku pergi Berjalan2 ke dua wilayah Selatan Thai ni. Kali pertama aku pergi, aku p Tak Bai. Aku Park kereta kat luar.. Kawasan imigresen Dan kastam Pengkalan Kubor. Lepas tu, naik perahu. Aku tak ingat berapa RM. Macam rm2. Aku lupa. Jalan kaki je kat pekan tak bai tu. Kecik je pekan dia. Aku cop imigresen Thailand lepas aku habis shopping kat Tak Bai. Cop masuk dan cop keluar sekali

Kali kedua aku pergi Golok. Aku main redah gak. Aku parking kereta kat kawasan teksi, Rantau Panjang. Lepas tu, p cop passport kat imigresen Malaysia. Jalan kaki. Lepas tu, aku jalan kaki merentasi jambatan. Sampai lah ke imigresen Thailand. Kalau pergi waktu hari kerja, memang lengang lah. Mula2 kena isi borang masuk negara dia. Warna putih rasanya. Kalau upah diorang boleh juga. Bayar rm2. Lepas tu, p cop.

Lepas cop, aku dah macam lost jap. Sebab nak pergi pekan, aku Tanya orang dalam 1Km gak. Aku naik lah teksi motor. Pastikan yang pakai vest ya. Rm2 kot naik moto tu. Dia terus hantar ke tengah pekan golok. Aku rasa, takde lah yang menarik sangat pekan ni walaupun aku dah pusing hampir habis pekan. Tapi makanan la. Agak mahal kalau salah pilih kedai. Aku kena RM35 utk seorang makan. Ada pulut ayam. Sedapnya.

Kalau ada rezeki untuk aku ke sana lagi, aku nak cari air kiwi. Sedap weh.

Diorang cakap ade steamboat. Aku tak sempat nak pergi waktu aku kat kelantan. Atas sebab yang tertentu.

Barangnya nak kata murah tu, takde lah.  Cuma ada makanan yang takde kat Malaysia. Contohnya macam megi. Ada 4 jenis megi Siam yang halal. Tak tahu kan?

Lepas je pusing2, aku nak balik. Tahan la teksi motor.. Kemudian pulang lah ke rantau panjang. RM2. Seronok gak pergi. Dapat tengok kawasan baru.

Next post aku aku cerita kan pengalaman aku sampai ke pattani dengan hanya berbekalkan duit Malaysia dan tiada sebarang talian telefon Dan Internet.

Aku akan cuba cerita kan juga serba sedikit sejarah supaya anak bangsa aku sedar sejarah ni. Melayu di selatan Thailand dianak tirikan oleh kerajaan Siam budha.

Sekian

Mohd Khairy Kamarudin
Taman Murni Jaya
1745
27042020

Thursday 23 April 2020

Bantuan persendirian dan zakat

Assalamualaikum.

Baru2 ni kecoh juga di media sosial. Tentang seorang ustaz selebriti (maaf saya tak tahu sebab tak baru je ikut perkembangannya), bagi bantuan kepada sebuah keluarga di Kedah.

Aku tengok macam2 pandangan yang orang berikan. Ada yang sokong, ada yang tak sokong. Aku terasa boleh bahagikan kepada beberapa kumpulan pandangan.

1. Tidak menyokong.
Ada kalangan netizen yang tidak menyokong tindakan ustaz terbabit menularkan gambar keluarga berkenaan atas alasan memalukan keluarga tersebut. Ada yang sampai kata haram tindakan ustaz tersebut. Wallahualam. Aku tak tahu. Bab2 hukum ni, jangan Tanya aku. Memang aku tak tau. Tapi aku merasakan ustaz berkenaan bagi tahu siap2 bahawa gambar keluarga tersebut akan diletakkan dalam media sosial. Pada pandangan kasar aku, macam tak patut pun tularkan gambar. Tapi kalau tak tularkan gambar, orang cakap kita tak buat kerja pula.

Ada pula datang dari penyokong parti2 tertentu hentam ustaz ni. Sebab seolah2 menggambarkan wakil rakyat tak buat kerja. Aku terbaca la. Diorang cakap keluarga berkenaan dah dapat macam2 bantuan. Dari YB, JKm Dan zakat. Tapi keluarga tu macam tu gak.

2. Menyokong
Rata2 netizen menyokong tindakan ustaz berkenaan. Atas sebab membantu kan. Betul dah tu. Prinsip utama dalam hidup kita, bila ada orang susah, kita perlu bantu. Betul tak? Mungkin ada bantuan lain dah sampai, tapi tak salah kalau kita turut membantu. Tapi masalahnya timbul bila netizen kecam JKm dan zakat. Benda ni tak bagus. Zakat Dan JKm da jalankan kerja mereka. Mereka sudah bagi bantuan. Bila dah Saling kecam mengecam, takde pun solusi. Perlu kita ingat bantuan yang di berikan untuk membantu bekalkan bekalkan asas. Rasanya cukup lah kecam mengecam ni. Tak mendatangkan keuntungan. Bagi cadangan oklah. Ni tak. Cakap pusat zakat macam2. Mereka buat kerja mereka, kita buat kerja kita. Mudah kan?

Tapi korang perasan tak?

Dalam gambar dan fakta yang di berikan. 1 rumah ada 10 anak dan beberapa orang cucu. Kalau difikirkan logik, anak Sulong berumur 33 tahun. Takkan tak buat apa2? Kita tak nafikan, kesusahan dan kemiskinan, bukan kita minta. Tapi kita masih ada otak kan. Ada tenaga. Boleh kita berusaha untuk berubah. Melainkan memang tak nak berubah untuk berubah.

"eleh, boleh lah kau cakap. Kau bukan di tempat dia."

Betul gak tu. Aku taktahu apa yang terjadi sebenarnya. Mungkin Anak2 mereka bekerja jauh. Mungkin mereka selesa duduk di situ. Tapi entahlah. Aku memang tak leh terima kalau duduk kekal di Rumah tersebut. Makanan dan sampah bersepah2. Timbul lagi persoalan, mereka solat tak? Macam mana nak solat? Kenapa tak jaga kebersihan? Biar hidup susah, tapi jangan jadi pengotor. Takpe lah. Tanggungjawab kita membantu. Tapi bila dah bantu, gunakan bantuan tu dengan cara sepatutnya. Dengarnya dah pernah bagi perkejaan pada anak keluarga tersebut. Tapi timbul masalah, nak tak nak bekerja. Dalam erti kata yang lain. MALAS. Wallahualam. Aku tak tahu. Ni hanya pandangan aku.

Rasanya cukup untuk aku mengomel di sini. Selamat berpuasa.

Mohd Khairy Kamarudin
Taman Murni Jaya, Machap
23042020
18