Saturday 11 April 2015

Pembahagian Pusaka... camne ea nak bahagi

semua orang berpandangan... termasuklah aku pada awalnya..
untuk bahagikan pusaka.. kena bahagi ikot faraid..
tp sebenarnya, pandangan tu agak silap.. sebab ada beberapa kaedah yang lain..

pada asalnya, faraid ini boleh dibahagikan kepada dua..
1. faraid adalah menentukan waris-waris yang layak... maknanya, apabila seseorang meninggal dunia, maka melalui faraid, kita dapat kenal pasti mana2 waris-waris yang layak..
2. faraid juga menentukan hak-hak yang didapati oleh mereka... cthnya 1/2 kepada suami yang tidak ada anak.. gitulaa....

yang pertama tu, mmg kena ikotla.. sbb nak tahu siapa yang layak terima harta kita... yangh kedua tu hanyalah nak tahu kadar yang layak diterima..

tapi Islam juga membenarkan waris-waris yang bersetuju secara muafakat terdapat pembahagian pusaka... tak yah nak ikot faraid.. camne nak cakap ea.. aku bagi contoh la.. bgi senang nak faham

seseorang mati.. tinggalkan suami, sorang anak laki, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa..

so si suami akan dapat 1/4 dari harta
ibu dapat 1/6
dan anak laki dapat baki dari harta tersebut
adik beradik takkan dapat sebab terhadang oleh anak lelaki..

so dari situ kita tahu.. waris-waris yang layak.. kemudian, baru kita tengok berapa syer mereka.

dalam kes ini, kalau semua waris bersepakat untuk membahagikan hak mereka secara sama rata, adalah dibenarkan.. tapi kena pastikan semua setuju..
tapi camne kalau anak lelaki tak setuju.. senang je.. bahagian anak lelaki (baki selepas bahagian suami n ibu) ikotlah bahagiannya.. ibu n suami, boleh kongsi 1/2 and 1/2 atau berdasarkan persetujuan.. senang je kan

tp boleh gak.. terjadi melalui konsep takharruj..
di mana cthnya,, si ibu nak melepaskan haknya (takharruj)... maknanya, 1/6 dari hak ibu tu di mansuhkan.. itu pon kalau si ibu itu setuju.. tapi sanggup ke nak lepaskan.. hahaha.. yg tu no komen

begitulah secara ringkasnya.. nak tahu lebih lanjut..kena tnggu la ea paper aku keluar journal..

1.46am, 12/4/2015, Taman Desa Teluk Panji

Zakat oh zakat

Rasanya dalam beberapa bulan ke belakangan ni, konfem ada yang terbaca atau tertengok kartun yang menggambarkan betapa susahnya nak apply duit zakat. ramai berpendapat zakat susah nak mohon atas sebab karenah birokrasi.. mereka bandingkan dengan duit wakaf dari orang2 kristian yang dilihat lebih senang untuk dimohon...

aku pon berfikir.. mungkin ya, mungkin tidak.. ada pro n cons., sistem zakat yang Allah ciptakan adalah sempurna.. tp pelaksana nya adalah manusia.. manusia yang penuh dengan kekhilafan.. manusia yang tidak pernah sempurna.. pelaksanaannya mmg ada beberapa masalah..

masalah birokrasi tentang zakat ni mmg pernah terjadi kat aku sendiri.. time aku nak apply master dulu.. kemain susah nak apply.. zakat kat sebuah negeri yang agak kaya.. hanya untuk mendapatkan RM1,500... nilai tu nampak cam sikit.. tp kalau time blaja, RM1,500 tu sangat la tinggi.. aku tahu pon pusat zakat  tu ada bg agihan untuk pembelajaran tu pon kebetulan.. sbb heboh gak di kalangan kawan2 aku.. tp di kalangan diorang la.. diorang mane nak share dgn aku... aku rasa kengkawan aku ramai yang gitu.. suka sangat makan sorang n tak nak berkongsi dengan orang lain.. last2, tak ke mana pon.. takde lah diorang best sangat.. tp nak wat camne.. aku pon takdelah best sangat,

tak silap aku.. mmg banyak benda kena aku sediakan.. pendapatan mak ayah.. keluarga, adik beradik.. mmg seksa... rasa macam rugi pulak.. ke hulu ke hilir nak sediakan dokumen.. kena pulak dapatkan sain ketua kampung.. aduhai demi duit zakat..

time nak mintak, mcm2 ugutan yang dapat...berdosa la ... itu la .. ini la... tp time nak agihkan kemain susah.. camne lah umat Islam nak berkembang ekonominya..

tp kalau nak salahkan pusat zakat pon, aku rasa unfair.. bagi aku.. diorang ada tanggungjawab mereka sendiri.. mereka nak memastikan duit yang dibyar oleh orang ramai betul2 dapat kat orang yang selayaknya... tak nak dapat kat orang yang tak sepatutnya... tu yang macam2 yang diorang minta sediakan.. duit zakat adalah amanah Alah kepada umatnya untuk kita betul2 uruskan.. tak boleh salah guna.. berdosa besar kot kalau salah guna... maybe itu kot yang diorang fikir.. lagi satu, badan2 zakat ni dipimpin oleh kerajaan negeri.. so diorang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,, cthnya, kerajaan negeri mewajibkan agensinya utk melakukan sesuatu perkara, maka pusat2 zakat pon akan terlibat gak..

 maybe salah satu pandangan aku, berdasarkan apa yang aku nampak.. kebanyakan yang uruskan zakat ni ustat2 yang lembab dan tak berdaya saing.. cukuplah apa yang aku nampak kat negeri aku.. blik2 orang yang same je kat pusat zakat tu.. tak berkembang.. belajar usuluddin tapi jd pengurus zakat.. bagi aku, mungkin pengalaman yang memisahkan ... kalau berpengalaman ok lah.. tp rasanya, bagilah jawatan tu kepada budak2 yang amek Islamic management.. kesian gak la kat diorang.. susah nak masuk badan2 agama dalam kerajaan... seolah2 badan ini hanya diwakili oleh golongan agamawan yang kurang berdaya saing.

rasanya sampai kat sini shj la kot apa yang aku rasa nak tulis.
aku rasa mcm nak menulis lagi pasni.. ngah kumpul idea n buat peta minda.. hahaha

1.18am, 12 April 2015
Taman Desa Teluk Panji, Kota Bharu, Kelantan